Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain
Pusat Internet 1 Malaysia Kg Bintang Mas ini mula beroperasi pada Mac 2010. Pi1m di bangunkan diantara Kg Ulu Sapi dan Kg Kuala Sapi dan Pi1m ini terletak 6.5 kilometer dari Simpang Sapi Nangoh.
 
Tujuan penubuhan Pi1m ini adalah untuk merapatkan jurang digital diantara penduduk luar bandar dan juga bandar selain memberikan pengetahuan komputer dan ict kepada seluruh masyarakat serta memberikan pelbagai kemudahan komputer dan juga kelas-kelas yang berfaedah kepada masyarakat setempat.

Dari awal penubuhan Pi1m sehingga kini, jumlah ahli yang terkumpul adalah 1143 orang yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak. Ahli-ahli Pi1m ini pula terdiri daripada penduduk Kg Toniting, Kg Ulu Sapi, Kg Sungai Sapi, Kg nangoh dan penduduk Kg Bintang Mas amnya.
 
Pi1m Kg Bintang mas juga turut menyediakan perkhidmatan seperti:

1.PRINTING
2.FOTOCOPY
3.SCAN DOKUMEN
4.MENAIP SURAT

Bagi tujuan pendaftaran sebagai ahli,pengguna boleh mendaftarkan diri secara terus di kaunter staff Pi1m dengan hanya membayar sebanyak RM 5.00 sahaja.
dan Pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan WIFI secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran dan juga akan diberikan 1 jam percuma melayari internet.Sekiranya pengguna sudah mendaftar sebagai ahli pusat internet 1 malaysia,maka bayaran yang dikenakan adalah:

AHLI KANAK-KANAK: Percuma           BUKAN AHLI KANAK-KANAK: Percuma
AHLI DEWASA: RM 1.00                         BUKAN AHLI DEWASA: RM 2.00

 Selain mengadakan kelas ict kepada masyarakat,Pi1m Kg.Bintang Mas juga pernah menyediakan perkhidmatan seperti program 1 citizen yang melibatkan persijilan yang berprestej dan antarabangsa. Selain itu juga,Program hari terbuka juga sering dilakukan dan menjadi acara tahun dan wajib diadakan sebanyak 2 kali dalam 1 tahun. Hari terbuka ini sangat penting diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara ahli PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG. BINTANG MAS kepada seluruh masyarakat kampung.

Selain itu juga program ceramah KLIK DENGAN BIJAK juga adalah program yang penting dan wajib diadakan setiap bulan bagi menyebarkan etika berkomputer dengan baik dan mengelak dari terjerumus dari kanca jenayah cyber yang semakin berleluasa bagaikan cendawan yang baru tumbuh. Program ini juga adalah hasil usaha daripada SURUHANJAYA KOMUNIKASI MALAYSIA(MCMC) dalam membendung kegiatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh manusia masa kini.

Oleh itu,dengan adanya PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA di kawasan kampung Bintang mas ini,maka ianya adalah mercu tanda kepada kampung ini dan juga kampung berdekatan yang lain,dalam menyalurkan maklumat ict dan pengetahuan ict agar masyarakat tidak ketinggalan zaman kerana dunia masa kini adalah dunia tanpa sempadan. Oleh itu persaingan akan sentiasa wujud dan kita harapkan agar dengan kewujudan  PI1M ini maka sedikit sebanyak dapat membantu penduduk luar bandar dalam meningkatkan ilmu ict dalam sekaligus dapat merealisasikan matlamat dan visi 2020 iaitu kearah negara maju setanding dengan negara luar.






Hadapi Masalah? Rujuk Panduan