Berita & Aktiviti Terkini

Majlis Perpisahan Penolong Pengurus PI1M Kg.Lohan, En.Sarian.

13 January 2018 |

Majlis Perpisahan Penolong Pengurus PI1M Kg.Lohan, En.Sarian.  Tarikh Program : 09.01.2018 (Selasa) Objektif/Tujuan: Majlis Perpisahan Penolong Pengurus PI1M Kg.Lohan, En. Sarian. PI1M Rantau telah bergabung bagi mengadakan majlis ini sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Penolong Pengurus PI1M Lohan yang telah menjadi rakan setugas di PI1M Rantau Ranau. Semoga En. Sarian sentiasa “success” selalu. Peserta VIP: - Jumlah Peserta: 30 Orang "Selamat Maju Jaya Yan"~PI1M Bongkud 2018. ... read more

Program Keusahawanan : D.I.Y Bingkai Gambar

13 January 2018 |

Program Keusahawanan : D.I.Y Bingkai Gambar Tarikh Program : 10.01.2018 (Rabu)   Objektif/Tujuan: Program Keusahawanan ini bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran secara praktikal kepada peserta untuk memberi mereka idea untuk memulakan perniagaan. Pada kali ini, program keusahawanan yang kami ketengahkan adalah program D.I.Y Bingkai Gambar. Program ini menggunakan bahan-bahan terpakai.   Peserta VIP: -   Jumlah Peserta: 11 Orang   ... read more

Usahawan Bridal: Puan Floria Kisun

23 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Usahawan Bridal: Puan Floria Kisun Puan Floria merupakan usahawan Bridal House. Beliau menawarkan perkhidmatan dandanan & solekan, pelamin dan juga baju pengantin. Beliau merupakan ahli PI1M dan sering menyokong program yang dianjurkan oleh PI1M dan juga pernah mengikuti kursus yang dianjurkan di PI1M.Lokasi perniagaan beliau adalah di Kg.Bongkud & Kg.Waang Ranau. Semoga perniagaan Puan Floria terus berjaya dan berkembang maju.Selamat Maju Jaya. ... read more

Usahawan Ayam Bakar: Nurul Badariah

23 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Usahawan Ayam Bakar: Nurul Badariah Puan Nurul Badariah merupakan Usahawan Ayam Bakar. Ayam Bakar beliau sangat terkenal di Kg.Bongkud dan mempunyai pelanggan yang ramai. Perniagaan ini telah lama diusahakan oleh Puan Badariah dan mula berniaga ayam bakar di Kuala Lumpur. Apabila beliau bersama keluarganya berpindah ke Sabah (Kg.Bongkud,Ranau), beliau masih meneruskan perniagaan ini kerana masih mempunyai ramai permintaan. Ayam bakar beliau sangat digemari kerana ke enakannya. Beliau merupakan ahli PI1M dan sangat aktif mengikuti program yang dianjurkan oleh PI1M sama ada kursus,kelas ICT mahupun program bulanan yang diadakan di PI1M.Semoga perniagaannya... read more

Pertandingan membuat kad kreatif ( bertemakan perayaan hari Natal )

17 December 2017 | Berita Terkini

Pertandingan membuat kad kreatif ( bertemakan perayaan hari Natal ) Pada 22/12/2017 bersamaan pada hari jumaat, Pi1M kg Bongkud telah mengadakan pertandingan membuat kad kreatif bertemakan perayaan hari Natal 2017. Komuniti setempat di Kg Bongkud telah mengikuti pertamdingan membuat kad ucapan Hari natal ini. Kad ucapan Hari Natal yang paling kreatif dikira sebagai pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.  ... read more

Sukaneka - Batu Seremban

13 December 2017 | Berita Terkini

Sukaneka - Batu Seremban     Pada 14 Disember 2017 bersamaan hari khamis baru-baru ini, Pi1M Kg Bongkud telah mengadakan aktiviti sukaneka bersama ahli Pi1M Kg Bongkud iaitu permainan Batu seremban. Permainan ini terbuka kepada semua komuniti setempat. Terdapat golongan belia,kanak-kanak dan juga golongan ibu yang menyertai dan memeriahkan permainan batu seremban ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk sama-sama memeriahkan pengisian sambutan hari natal, serta untuk mengeratkan silaturahim antara PI1M dengan komuniti. Tahniah dan syabas diucapakan kepada para pemenang.  ... read more

Sukaneka bersama Ahli PI1M - Botol Beracun

13 December 2017 | Berita Terkini

Sukaneka bersama Ahli PI1M - Botol Beracun Pada 13 Disember bersamaan hari Rabu, Pi1M Kg Bongkud telah aktiviti sukaneka bersama ahli Pi1M iaitu botol beracun/bantal beracun. Aktiviti sukaneka ini telah dijalankan di pusat internet 1Malaysia Kg bongkud. Komuniti setempat yang terdiri daripada golongan ibu, remaja dan juga kanak-kanak telah hadir bagi memeriahkan aktiviti sukaneka sempena sambutan Hari Natal bagi tahun 2017.  ... read more

Gotong Royong membersihkan kawasan luar dan dalam PI1M

13 December 2017 | Berita Terkini

Gotong Royong membersihkan kawasan luar dan dalam PI1M Pada 04 Disember 2017 bersamaan hari isnin , Pi1M Kg Bongkud telah mengadakan aktiviti gotong royong bersama ahli Pi1M. Antara aktiviti yang pembersihan yang dijalankan adalah membersihkan kawasan luar Pi1m dengan memastikan tidak terdapat sampah dikawasan luar Pi1M. Aktiviti pembersihan juga telah dijalankan di dalam Pi1M. Terima kasih diucapakan kepada ahli Pi1M yang telah bersama-sama hadir bagi membersihkan kawasan Pi1M.  ... read more

Program Santai - Menghias PI1M Sempena Sambutan Hari Natal

13 December 2017 | Berita Terkini

Program Santai - Menghias PI1M Sempena Sambutan Hari Natal Pada 5 Disember 2017 bersamaan hari selasa, Pi1M Kg Bongkud telah mengadakan program santai bersama komuniti setempat iaitu program menghias Pi1M sempena sambutan Hari natal. Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran ahli Pi1M yang datang untuk menghias Pi1M. Pihak pengurusan Pi1M telah menyediakan bahan-bahan untuk menghias dan ahli Pi1M yang terdiri daripada remaja telah mendekorasi kawasan dalam Pi1M. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli Pi1M yang hadir untuk menghias Pi1M.  ... read more

Program bersama komuniti - Cabutan Bertuah

28 November 2017 | Berita Terkini

Program bersama komuniti - Cabutan Bertuah PI1M Kg Bongkud telah menyertai program Hari Terbuka PI1M Kg Desa Aman dan menyumbangkan hadiah sebanyak 5 hamper untuk aktiviti cabutan bertuah. Team PI1M Rantau Ranau telah bergabung dalam menjayakan Hari Terbuka PI1M Kg.Desa Aman dan telah dijadikan sebagai program bersama. Semoga kerjasama antara semua PI1M rantau Ranau dan komuniti terus terjalin dan semangat tolong-menolong terus menjadi amalan dalam team rantau Ranau ini. Semoga PI1M terus memberikan khidmat terbaik untuk komuniti. ... read more

lagi berita & aktiviti