Berita & Aktiviti Terkini

Program Mahir Jawi

04 March 2018 | Berita Terkini

Pada 4 Mac 2018 (Ahad), telah diadakan Pertandingan Seni Khat. Program ini adalah program kerjasama Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Husainiah Bota dan  Pusat Internet 1 Malaysia Bota. Pertandingan ini bermula jam 9.00 pagi. Ianya disertai oleh pelajar terpilih yang terdiri daripada pelajar tahap dua iaitu darjah 4, 5 dan 6 Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Husainiah Bota. Sebelum program bermula, para peserta yang terdiri dari 16 orang pelajar dan 4 orang guru telah di beri taklimat ringkas oleh pihak pengurusan Pi1M Bota tentang objektif program yang diadakan. Program ini adalah bertujuan bagi... read more

Kelas Asas Solekan bersama Fizahousewife

03 March 2018 | Berita Terkini

Pada 3hb Mac 2018 (Sabtu), telah diadakan Kelas Asas Solekan di Pusat Internet 1 Malaysia Bota (“Pi1MBota”). Kursus ini bertujuan memberi mempromosi Pi1MBota kepada kaum wanita di sekitar Mukim Bota ini. Ianya juga bermatlamat untuk mempelbagai aktiviti di Pi1MBota. Program ini adalah program usahasama Pi1MBota bersama usahawan Puan Saidatul Norafizah Abdul Rahaman atau dikenali sebagai Fizahousewife. Program kelas asas solekan ini berkonsepkan konsep parti dan telah dihadiri oleh 4 peserta. Ianya diadakan selama empat jam. Para peserta telah didedahkan dengan skill solekan trend terkini. Disamping itu, di dalam program ini... read more

Kursus Asas ICT Media Sosial Guru KAFA

24 February 2018 | Berita Terkini

Pada 24hb Februari 2018 (Sabtu), telah diadakan Kursus ICT Media Sosial yang melibatkan Guru KAFA sekitar Mukim Bota di Pusat Internet 1 Malaysia Bota (“Pi1MBota”). Kursus ini bertujuan memberi latihan asas ICT kepada pegawai JAKIM dan JAIN melalui Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Kursus ini merupakan program MCMC bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Ianya bermatlamat untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet), memantapkan serta meningkatkan kemahiran ICT kakitangan Agensi Agama Daerah Perak Tengah dan mengoptimumkan penggunaan ICT di... read more

Puan Anis Afiqah Mohd Isa - Bermula Dropship kini Pembuat Produk

21 February 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Gelaran ibu muda seawal usia 17 tahun tidak menghalang Puan Anis Afiqah Mohd Isa (22) untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Bermula dengan hanya bergelar dropshipper iaitu mempromosikan produk keluaran orang lain, wanita ini semakin bersemangat untuk mengembangkan lagi usahanya dengan menjadi agen produk-produk kesihatan dan kecantikan. Sesungguhnya, dunia kecantikan tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Hasil keuntungan yang diperolehi dilaburkan sekali lagi dengan menjadi stokis pula. Usaha keras serta semangat yang kental membuatkan ibu muda ini tidak lagi menoleh ke belakang.  Pada usia 20 tahun, beliau mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk... read more

Program Pelancaran Tuition@Pi1MBota

04 February 2018 | Berita Terkini

Pada 4hb Februari 2018 (Ahad), julung kalinya telah diadakan Program Pelancaran Tuition@Pi1MBota. Program Tuition@Pi1MBota adalah satu program untuk mewujudkan kelas tusyen di Pusat Internet 1Malaysia Bota ("Pi1MBota") yang dibuat khusus untuk komuniti Mukim Bota. Ianya adalah salah satu usaha mempelbagaikan fungsi Pi1M sebagai salah satu Pusat Komuniti Setempat disamping memperkenal Pi1M kepada masyarakat. Program Tuisyen ini akan diadakan pada hari minggu Sabtu atau Ahad. Buat masa sekarang, program ini hanya disediakan untuk murid sekolah rendah dan mungkin akan diperluaskan kepada pelajar sekolah menengah.  Seramai 20 orang pelajar Sekolah Rendah serta... read more

Nurhafizah Mior Azlan - Kisah kecekalan usahawan muda

08 February 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Kecekalan dan keberanian mendewasakan kehidupan, begitulah pepatah yang sesuai digambarkan dengan kisah hidup Cik Nurhafizah (23). Walaupun masih di usia muda, beliau mempunyai minat yang amat tinggi untuk menceburi bidang keusahawanan makanan. Berkecimpung dalam dunia keusahawan sejak 2014, iaitu semasa beliau berumur 19 tahun, wanita ini hanya berniaga untuk mengisi masa lapang kerana ketika itu beliau bertugas sebagai pembantu prasekolah. Kemudian daripada perasaan suka-suka berubah menjadi minat. Benarlah kata pepatah, "tak kenal, maka tak cinta".  Justeru, beliau mengambil keputusan untuk berkecimpung secara serius dalam dunia keusahawan. Wanita ini hanya bermula... read more

Muhammad Khalish Amsyar - Hero Cilik ICT

31 January 2018 | Kisah Kejayaan

“Melentur buluh biar daripada rebungnya” mungkin ini pepatah yang sesuai untuk menggambarkan kesungguhan ibu bapa Mohamad Khalish Amsyar mengalakkan hero cilik ini mempelajari bidang ICT seawal usia 7 tahun lagi. Bagi ibu bapa Khalish, pembelajaran ICT adalah amat penting dan mereka percaya ini akan digunakan dalam proses pembelajaran untuk masa depan. ICT merupakan salah satu medium untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diingini. Cuma sebagai ibu bapa yang penyayang perlu memantau aktiviti anak-anak kesayangan mereka dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Pusat Internet 1Malaysia pula sebagai satu saluran untuk mengajak masyarakat dan... read more

Program Appreciation Day Pi1M Bota dan Doa Selamat

12 January 2018 | Berita Terkini

Pada 12hb Januari 2018 (Jumaat), telah diadakan Program Appreciation Day dan Doa Selamat. Program ini diadakan sempena dengan kedatangan tahun baru 2018 dan juga bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara SRAR Al-Husainiah, Pi1M Bota dan Ahli Pi1M yang lain. Seramai lebih 30 pelajar Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Husainiah, guru dan ahli Pi1M Bota telah hadir memeriahkan program ini. Program ini bermula jam 4.00 petang. Program ini dimulai dengan taklimat ringkas tentang Pusat Internet 1 Malaysia Bota. Sejurus selesai taklimat, majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Pengurus Pusat... read more

Pertandingan Seni Khat

18 January 2018 | Berita Terkini

Pada 11 January 2018 (Khamis), telah diadakan Pertandingan Seni Khat. Pertandingan ini adalah program kerjasama Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Husainiah Bota dan   Pusat Internet 1 Malaysia Bota. Pertandingan ini bermula jam 4.00 petang. Ianya disertai oleh pelajar tahap dua iaitu darjah 4, 5 dan 6 Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Husainiah Bota. Sebelum pertandingan bermula, para peserta yang terdiri dari 46 pelajar telah di beri taklimat ringkas oleh pihak pengurusan Pi1M Bota. Pertandingan seni khat ini adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada para pelajar menceburkan diri dalam bidang kesenian khat. Di dalam... read more

Pertandingan Menaip 2017

14 December 2017 | Berita Terkini

Pada 3 Disember 2017 (Ahad), telah diadakan pertandingan menaip 2017 sempena hari terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Bota. Pertandingan ini bermula jam 3.30 petang. Ianya disertai oleh golongan belia kawasan Bota. Sebelum pertandingan bermula, para peserta yang terdiri dari 9 orang belia di beri taklimat ringkas oleh pihak pengurusan Pi1M Bota. Pertandingan menaip ini adalah untuk menguji sejauh mana kemahiran menaip ahli-ahli Pi1M Bota di kalangan belia. Di dalam pertandingan ini para peserta di kehendaki menaip dengan pantas dan betul. Kebanyakan peserta mempunyai kemahiran menaip dengan laju. Pertandingan menaip ini telah di... read more

lagi berita & aktiviti