Berita & Aktiviti Terkini

Program Rekacipta PI1M Bugaya

28 October 2017 |

         Program Rekacipta telah diadakan pada 28 Oktober lalu bertempat di PI1M Kg. Bugaya dan telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada ahli PI1M. Peserta yang mengambil bahagian telah menunjukkan hasil kreativiti mereka berdasarkan toturial daripada laman Youtube. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah daripada bahan kitar semula seperti kotak, botol plastik dan kertas.         Program seperti ini penting untuk menggalakkan aktiviti kitar semua bahan terbuang dan menggunakan kreativiti ahli PI1M melalui perkongsian pelbagai maklumat yang terdapat dalam internet. Ini kerana, internet bukan... read more

Bengkel DIY Memasak Burger

14 October 2017 |

          PI1M Bugaya telah menganjurkan Bengkel DIY untuk golongan muda belajar memasak Burger. Program ini telah diadakan pada 14 Oktober bertempat di PI1M Bugaya dan telah dihadiri oleh golongan belia yang juga merupakan ahli PI1M Bugaya. Antara pengisian program ini termasukklah sesi advokasi dan sesi keusahawanan serta paparan video toturial membuat pelbagai jenis burger.          Seramai 30 orang peserta telah menghadiri program ini dan kesemua peserta terlibat berjaya menghasilkan resepi burger sendiri. Melalui bengkel ini, peserta dapat mempelajari cara-cara membuat patty burger daripada daging... read more

ICT Challenge PI1M Daerah Semporna

22 November 2017 |

        Program tahunan PI1M Daerah Semporna telah diadakan lagi pada 22 November lalu dan untuk penganjuran kali ini, PI1M Bugaya telah menjadi tuan rumah. Pelbagai acara telah disusun dan antara pengisian utama adalah acara permainan menguji minda secara atas talian yang telah menarik perhatian ramai peserta. Seramai 5 orang peserta dari setiap PI1M telah berjaya mara ke final dan permainan ini diadakan secara berpasukan. Selain itu, kuiz ICT, Kahoot dan banyak lagi acara telah disusun untuk para peserta terutama ahli PI1M Bugaya yang hadir untuk memberi sokongan... read more

Program Usahawan Muda

25 November 2017 |

       Pi1M Kg. Bugaya telah menganjurkan Program Usahawan Muda pada 25 November lalu bertempat di PI1M Kg. Bugaya. Program ini telah disertai oleh seramai 26 orang ahli Pi1M yang terdiri daripada golongan belia berusia 14-18 tahun yang juga meruakan penduduk sekitar kampung Bugaya. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat ingin berniaga pada usia yang muda.        Antara pengisian program adalah seperti tayangan video toturial, dan sesi menjana idea perniagaan. Selain itu, sesi DIY membuat burger sebagai satu contoh perniagaan mudah dan sesuai untuk dicuba oleh golongan muda.... read more

Sambutan Maulidur Rasul PI1M Daerah Semporna

01 December 2017 |

        Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 1 Desember 2017, PI1M Bugaya bersama PI1M-PI1M lain dalam Daerah Semporna seperti PI1M Menteritip, PI1M Tagasan, PI1M Bubul dan PI1M Bumbum telah mengadakan sesi rakaman video tradisi menyambut Maulud oleh masyarakat setempat untuk paparan Menarik Di Semporna. Oleh itu, PI1M telah mengambil bahagian dalam acara membuat 'talian' dan 'mahligai' sebagai salah satu acara penting sambutan Maulud dalam kalangan masyarakat Semporna.        Lokasi sambutan Maulud adalah bertempat di Masjid Kg. Tagasan Tani, program ini telah disertai oleh lebih 300 orang penduduk... read more

Sambutan Hari Malaysia

16 September 2017 |

        PI1M Bugaya telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu bertempat di PI1M Bugaya. Program inijuga merupakan penutup untuk program Hari Merdeka yang telah diadakan bulan lalu. Pada program ini telah diadakan pelbagai acara seperti permainan dam, jutaria, jengka, kuiz pantas dan sebagainya. Pada program ini juga acara penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan PI1M Bugaya.        Sesi jamuan makan juga telah diadakan secara sederhana dan program ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang yang terdiri daripada penduduk kampung, peserta... read more

Bengkel Animasi Scratch

30 September 2017 |

PI1M Bugaya telah mengadakan Bengkel Animasi Scratch yang disertai oleh pelajar tingkatan 1 SMK Bugaya dan juga ahli-ahli PI1M yang berminat. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang pembuatan animasi dalam komputer. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari dimana hari pertama adalah untuk sesi pembelajaran dan hari kedua untuk pertandingan mencipta animasi.         Seramai 30 orang peserta yang meyertai bengkel ini dan 9 orang peserta telah bertanding diperingkat akhir. Pertandingan ini telah dimenangi oleh adik Mohd. Ghazali, pelajar tingkatan 1 SMK... read more

Sambutan Hari Merdeka PI1M Bugaya

26 August 2017 |

         PI1M Bugaya telah mengadakan Sambutan Hari Merdeka pada 26 Ogos 2017. Antara acara yang telah disusun adalah pertandingan slide show bertemakan merdeka, deklimasi sajak, pertandingan melukis poster dan kuiz merdeka. PI1M Bugaya membuat kelainan pada program kali ini dimana ia akan berlangsung sehingga 16 September 2017 iaitu Hari Malaysia. Oleh itu pada 26 Ogos yang lalu acara pembukaan dan pertandingan di perkenalkan dan para pemenang akan diraikan pada acara penutup iaitu pada Sambutan Hari Malaysia.         Tujuan utama konsep ini diperkenalkan agar semangat kemerdekaan... read more

Advokasi Klik Dengan Bijak SMK Tagasan

10 August 2017 |

        PI1M Bugaya bersama PI1M Menteritip telah mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Tagasan, Semporna pada 10 Ogos 2017 bertempat di Dewan SMK Tagasan. Program ceramah tersebut telah di sertai oleh lebih kurang 415 orang pelajar sidang petang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Selain itu, guru-guru dan pentadbir sekolah iaitu Penolong Kanan Petang En. Zubir Osman turut hadir di dewan bagi sama-sama mendengar ceramah Klik Dengan Bijak yang di sampaikan oleh Penolong Pengurus PI1M Daerah Semporna.         Selain ceramah etika melayari... read more

ICT Challenge PI1M Bugaya

22 May 2017 |

Pi1M Bugaya telah mengadakan ICT Challenge pada 22 Mei lalu bertempat di PI1M. Objektif utama program ini adalah untuk menguji tahap pengetahuan ICT ahli aktif PI1M setelah mengikuti banyak kelas-kelas latihan ICT di PI1M. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT peserta disamping bermain permainan berkonsepkan ICT. Program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang ini telah disertai oleh 30 orang ahli-ahli aktif PI1M termasuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Kg. Bugaya. Kesemua peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan bekerja... read more

lagi berita & aktiviti