Berita Terkini

Program Moreh Ramadhan 1

18 June 2017 | Berita Terkini

15 Jun 2017 (Khamis) – PI1M Kg.Bugaya telah mengadakan Moreh Ramadhan 1 sempena bulan Ramadhan secara terbuka untuk orang umum. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta untuk memberi makan kepada Jemaah-jemaah terawih di Masjid yang terpilih. Program ini diadakan di Kampung Tampi-Tampi Timbayan yang merupakan kampung tempat penolong pengurus PI1M Bugaya menetap. Syukur alhamdulillah, walaupun dengan sedikit peruntukan namun program ini  berjaya mencapai objektifnya. Diharap program keagamaan seperti ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat, sekaligus dapat mempromosi kebaikan pi1m kepada semua. ... read more

Sambutan Hari Ibu

14 May 2017 |

        Sambutan Hari Ibu peringkat Kg. Bugaya laut telah diadakan di PI1M Bugaya. Program yang disertai oleh 50 orang ibu dan anak-anak ini telah diadakan pada 14 Mei lalu. Tujuan program adalah untuk menghargai kaum ibu khususnya ibu-ibu sekitar PI1M Bugaya yang juga merupakan ahli PI1M.         Setiap tahun program ini diadakan, dan tahun ini program dihadiri oleh ibu-ibu yang diraikan oleh anak-anak mereka. Antara pengisian program adalah permainan teka teki antara ibu dan anak, kuiz ICT dan kek hari ibu. Setiap anak-anak juga diberikan peluang untuk membuat ucapakan kepada ibu... read more

Advokasi KDB Smk. Bumbum, Semporna

19 April 2017 |

         PI1M Bugaya telah mengadakan Sesi Advikasi KDB bersama pelajar-pelajar ICT SMK Bumbum , Semporna pada 19 April 2017 bertempat di PI1M Bugaya. Seramai 13 orang pelajar terlibat yang juga merupakan pelajar yang tinggal di sekitar Kg. Bugaya telah menghadiri sesi tersebut.          Antara pengisian program adalah taklimat KDB iaitu etika semasa melayari internet dan undang-undang siber di bawah seliaan SKMM. Selain itu, turut pengenalan PI1M dan perkhidmatan kelas ICT Smart Learning USM juga turut disentuh.          Diharap melalui program ini PI1M Bugaya akan berupaya untuk mendekati komuniti Pulau Bumbum khususnya pelajar... read more

Program Sempena Cuti Sekolah

18 March 2017 |

         Sempena cuti sekolah pada 18-27 Mac lalu, PI1M Bugaya telah menyusun beberapa aturcara untuk ahli-ahli PI1M sepanjang cuti sekolah berlangsung. Program yang diadakan di PI1M Bugaya itu bertujuan untuk menarik minat pengunjung terutama dalam kalangan pelajar untuk datang ke PI1M semasa cuti sekolah.          Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli PI1M semasa cuti sekolah. Antara acara yang diatur oleh PI1M termasuklah tayangan filem menarik untuk tontonan umum, permainan tradisional dan permainan atas talian, kuiz pantas dan teka silang kata.          Seramai 62 orang peserta... read more

Advokasi KDB Sk. Tampi-tampi, Semporna

15 February 2017 |

        PI1M Bugaya telah mengadakan Advokasi KDB bersama pelajar tahun 6 SK. Tampi-tampi Semporna pada 15 Februari 2017. Program tersebut telah diadakan di Sk. Tampi-tampi dan disertai oleh 55 orang pelajar sekolah dan guru.         Initipati program adalah berkenaan dengan gejala jenayah siber dalam kalangan pelajar sekolah seperti bulisiber dan hendapsiber. Didalam program ini juga, sedikit pengenalan tentang MCMC dan undang-undang siber di Malaysia. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk etika penggunaan internet secara berhemah.         Selain itu, pengenalan PI1M Bugaya, aktiviti dan keahlian juga turut dipromosikan untuk menarik minat pelajar... read more

Penubuhan Akademi Pengajian Al-Quran Semporna

16 April 2017 | Berita Terkini

16 April 2017 - Seringkali kita dengar pembukaan sekolah-sekolah baru mana-mana daerah seluruh Malaysia, namun pada kali ini Daerah Semporna telah berjaya menyediakan sebuah akademi pengajian Al-Quran khas untuk mereka yang ingin mendalami ilmu Al-Quran. Hasil daripada buah fikiran Yang Berbahagia Datuk Haji Ramlee bin Marhaban ketika merasmikan Majlis Khatam Al-Quran pada 8 Januari 2017 bertempat di Dewan Terbuka Datuk Ramlee.  Majlis Perasmian Akademi Pengajian Al-Quran Semporna (APAQS) telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamid, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 16 April 2017 bertempat di Jalan Tg Kapor... read more

Pertandingan Badminton Tertutup PI1M Bugaya

11 March 2017 |

11 Mac 2017 (Sabtu) – PI1M Kg.Bugaya telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup untuk ahli-ahli PI1M Kg.Bugaya sahaja. Objektif program ini adalah menggalakan ahli-ahli PI1M beriadah sekaligus bagi memastikan ahli-ahli PI1M Kg.Bugaya aktif di samping mengeratkan silaturrahim antara pihak pengurusan pi1m dan juga ahli-ahli PI1M. Program bermula seawal jam 8.00 pagi, dimana semua peserta akan dikehendaki berkumpul didalam Dewan Sri Bugaya terlebih dahulu bagi mengikuti sesi briefing sebelum memulakan pertandingan. Program ini berlangsung di Dewan Sri Bugaya yang terletak bersebelah dengan premis PI1M. Program ini berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah dengan penyertaan... read more

Pertandingan Slideshow Power Point

11 February 2017 |

   Pertandingan Slide Show Power Point dalam kalangan pelajar sekolah telah diadakan pasa 11 Februari 2017 bertempat di PI1M Bugaya.  Seramai 20 orang telah mengikuti pertandingan ini yang juga merupakan ahli-ahli PI1M Bugaya.    Kesemua 20 peserta telah membentangkan slide show mereka kepada juri yang terdiri daripada guru ICT dan staf pengurusan PI1M. Slideshow dinilai daripada kreativti persembahan multimedia dan skil pembentangan peserta.    Pemenang pertandingan membawa pulang hamper dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan di Perhimpunan Sekolah dengan kerjasama guru. Ini bagi menggalakkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar sekolah berdaftar sebagai ahli PI1M... read more

Program Celik IT

28 January 2017 |

   Program Celik IT telah diadakan pada 28 Januari 2017 bertempat di PI1M Bugaya. Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan kanak-kanak tentang digital literasi ini telah disertai oleh 25 orang kanak-kanak. Peserta adalah penduduk kampung Bugaya yang juga ahli baru berdaftar di PI1M.    Selain memberi pendedahan tentang IT, kanak-kanak juga beri taklimat tentang pengenalan PI1M dan peraturan-peraturan PI1M. Ini kerana ahli-ahli baru ini akan menjadi pengunjung tetap PI1M dan perlu mendapat latihan dan pendedahan secukupnya gar mereka mahir menggunakan peralatan komputer yang disediakan di PI1M.    Antara pengisian program... read more

Pertandingan Menaip Terpantas

21 January 2017 |

   Pi1m Bugaya telah mengadakan Pertandingan Menaip Terpantas antara ahli PI1M Bugaya pada 21 Januari 2017 bertempat di Pi1m Bugaya. Program ini telah disertai oleh seramai 20 orang ahli PI1M yang terdiri daripada belia dan pelajar sekolah menengah.   Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 1 petang. Program dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan etika melayari internet dalam kalangan ahli PI1M.    Pemenang program telah membawa pulang hamper barangan sekolah. Jamuan makan juga turut diadakan. Dengan adanya program seperti ini... read more