Sambutan Hari Kemerdekaan

31 August 2016 |
       PI1M Bugaya telah mengadakan program sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-59. Program ini telah diadakan bersama ahli-ahli PI1M Bugaya. Antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan mewarna online, teka bendera dan menaip terpantas. Program ini telah disertai oleh 25 orang kanak-kanak sekitar Kg. Bugaya yang juga merupakan ahli PI1M Bugaya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak.

       Selain itu, tayangan khas sejarah penggabungan Sabah Sarawak dan Tanah Melayu juga disiarkan sepanjang hari tersebut untuk tatapan para pengunjung PI1M. Walaupun PI1M tidak beroperasi kerana cuti umum, namun kehadiran agak memberansangkan kerana ahli-ahli PI1M bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan. Semua hadiah telah disampaikan pada acara penutupan peringkat kampung Bugaya pada malam kemuncak sambutan Kemerdekaan Kg. Bugaya.