Gotong Royong PI1M Bugaya

22 September 2016 |

      PI1M Bugaya telah mengadakan Program Gotong Royong bersama ahli-ahli PI1M pada 22 September 2016. Seramai 25 orang ahli telah bekerjasama membersihkan kawasan sekitar dan bahagian dalam bangunan PI1M yang telah terjejas akibat banjir yang berlaku. PI1M juga mendapat bantuan peralatan daripada penduduk kampung seperti penyapu, mop lantai, berus, kain lap dan sabun memandangkan perlatan PI1M telah banyak rosak akibat banjir. 

     Selepas dilanda banjir, PI1M tidak dapat digunakan kerana kotor, berlumpur dan berbau. Peralatan PI1M juga menjadi kotor dan berbau dan perlu untuk dicuci secara menyeluruh. Oleh itu staf P1IM telah mengadakan hari gotong-royong untuk membersihkan PI1M dan kawasan sekitarnya agar boleh beroperasi seperti biasa. 

     Dalam gotong royong ini, staf PI1M bersama ahli bukan sahaja membersikan kotoran luar dan dalam PI1M, tetapi juga mengadakan general cleaning sperti mengelap bangku dan meja serta perlatan PI1M yang terkena lumpur akibat banjir. Oleh itu, proses pembersihan kali ini memakan masa yang panjang daripada biasa. Ahli PI1M yang secara sukarela melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong kali ini mendapat cendera hati dan sedikit jamuan makan telah diadakan untuk menghargai usaha ahli PI1M yang berbakti kepada PI1M.