Sambutan Hari Malaysia

16 September 2016 |

     PI1M Bugaya telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2016 sempena Hari Malaysia yang disambut oleh semua rakyat Malaysia. Ahli Pi1m juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menghayati raikh penting ini dalam sejarah penubuhan negara Malaysia. Program ini telah disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daipada ahli PI1M dan pelajar SK. Bugaya. 

     Antara pengisian program adalah tayangan video sejarah penubuhan negara Malaysia, pertandingan mencipta video lagu patriotik dan pertandingan menyanyi lagu patriotik. Program ini telah berlangsung pada jam 10 pagi hingga 4 petang. Sedikit jamuan makan juga telah diadakan untuk para peserta. Hadiah berupa hamper telah disampaikan oleh Pengerusi Belia Bugaya.

    Diharap dengan adanya program seperti ini dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan ahli-ahli PI1M terutamanya kanak-kanak yang masih kurang pengetahuan tentang sejarah Malaysia. Selain itu, program seperti ini juga dapat menarik minat ahli-ahli PI1M untuk mengunjungi PI1M dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti komuniti anjuran PI1M Bugaya