Jamilah Binti Abd. Jalil

30 March 2016 | Profil Usahawan Tempatan

      Anak muda yang berumur 24 tahun ini berasal dari Kg. Bugaya, Semporna dan sangat meminati bidang perniagaan. Jamilah  pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan termasuklah menjual kuih-muih, membuka kedai runcit, berniaga di bazar Ramadhan, pasar minggu dan membuka gerai makanan setiap kali perayaan Regatta Lepa di Semporna. Jamilah seorang yang gigih dan suka menuntut ilmu. Dia juga kerap menghadiri kursus keusahawanan yang dianjurkan di serata Negeri Sabah. Selain itu, Jamilah juga amat disenangi rakan-rakan dan penduduk kampung kerana sikapnya yang suka membantu dan menjalankan aktiviti sukarelawan.

     Walaupun dalam kesibukannya menuntut ilmu dalam kursus keusahawanan di merata tempat di Sabah, perniagaan menjual kuih muih secara online berjalan dengan lancar dengan di bantu oleh adik-adiknya. Ketika berada di kampung, Jamilah sering mengunjungi PI1M Kg. Bugaya untuk mendapatkan info terbaru tentang perniagaan dan berkongsi perkembangan dengan staf PI1M dan juga rakan-rakan pengguna di PI1M.

     Selain perniagaan kuih-muih, Jamilah juga menjadi ajen menjual produk kesihatan dan memiliki ramai pelanggan tegar di sekitar kampung Bugaya dan juga di Semporna. Oleh itu, dia sering meluangkan masa melawat ke rumah para pelanggannya untuk mendapatkan maklumbalas penggunakan produk yang dijualnya ataupun sekadar bertanya khabar. Bagi Jamilah, walaupun perniagaan online lebih mudah dan teratur, dia tetap gemar untuk berkongsi info dan perkembangan produknya secara terus dengan pelanggan untuk mendapatkan kepercayaan dariapada para pelanggannya.

     Profil lengkap Jamilah boleh diakses pada laman facebooknya https://www.facebook.com/jamilah.abdjalil.5.