Pertandingan Mewarna Online

28 October 2016 |

     PI1M Bugaya telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Online pada 28 Oktober 2016 dengan disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak kampung Bugaya. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang penggunaan interent. Terdapat banyak permainan atas talian yang boleh membina minda dan pengetahuan kanak-kanak. Selain daripada belajar, permainan ini juga amat menyeronokkan. 

     Selain itu, dalam pertandingan ini juga peserta diberikan pendedahan terhadap penggunaan perkhidmatan PI1M, microsite dan kempen Klik Dengan Bijak. Ini bagi memastikan semua ahli yang berdaftar dengan PI1M Bugaya mendapat info penting tentang perkembangan PI1M dan kempen-kempen yang dijalankan oleh PI1M dalam merealisasikan komuniti celik ICT dan budaya menjaga keselamatan semasa melayari internet.

     Program ini telah dihadiri oleh Ketua Kampung Bugaya, dan sedikit jamuan makan untuk tetamu jemputan dan peserta telah diadakan. Diharap dengan adanya program seperti ini dapat menggalakkan lagi kehadiran pengunjung ke PI1M Bugaya.