Sukaneka ICT

23 October 2016 |

       PI1M Bugaya telah mengadakan Program Sukaneka ICT bersama ahli-ahli PI1M Bugaya. Program ini telah diadakan pada 23 Oktober 2016 dan telah disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri dari kalangan pelajar SMK. Bugaya dan Sk. Bugaya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara staf PI1M Bugaya dan juga sesama ahli PI1M. Pelbagai jenis permainan berkonsepkan ICT telah disusun antaranya kuiz ICT, teka logo ICT, dan banyak lagi.

       Program seperti ini telah diadakan hampir setiap tahun semenjak PI1M Bugaya mula beroperasi kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta. Program ini juga memupuk budaya kerjasama dalam kumpulan dan memerlukan setiap ahli mengetahui banyak info berkaitan ICT. Ini meyebabkan peserta kerap datang ke PI1M sebelum hari pertandingan kerana ini mengumpul banyak info ICT bagi membantu kumpulan mereka menang.

      Semua pemenang mendapat hamper dan 2 orang peserta terbaik yang paling aktif menerima seutas jam tangan untuk setiap seorang. Diharap program seperti ini dapat membina semangat bersaing secara sihat, ia juga menjadi pendorong kepada setiap ahli untuk terus aktif berkunjung ke PI1M dan melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan di PI1M Bugaya pada masa-masa akan datang.