Program Kesihatan Bersama Kospen

10 November 2016 |

     Pi1m Bugaya telah mengadakan program kesihatan bersama Kospen Daerah Semporna pada 10 November lalu yang dihadiri oleh wakil-wakil Kospen dari setiap kampung yang terpilih. Program ini bertujuan untuk melatih sukarelawan Kospen tentang kemahiran komputer, menaip, membuat laporan dan 'key in' data ke dalam sistem baharu yang diperkanalkan oleh Kospen iaitu Moves.

     Program ini turut dihadiri oleh pelatih Kospen daripada Jabatan Kesihatan Daerah Semporna bagi memastikan kelangsungan latihan peserta-peserta program yang juga terdiri dari dalam kalangan anak muda dan golongan belia. Semua peserta didaftarkan menjadi ahli Pi1m Bugaya agar mereka boleh melanjutkan tempoh latihan kelas menaip dan penggunaan internet secara percuma.

       Kospen Daerah Semporna memilih Pi1m Bugaya sebagai training cantre untuk sukarelawan Kospen belajar perkara berkaitan kerana kemudahan yang disediakan dan ketersediaan internet berkelajuan tinggi, selain itu suasa Pi1m yang selesa dan efektif untuk menjalankan latihan berkaitan dan dari pihak Pi1m sendiri, jalinan kerjasama bersama badan-badan luar seperti Kospen boleh membantu memperkenalkan dan mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan dalam pusat internet khususnya Pi1m Bugaya.