Running Man Challenge : ICT Version

20 November 2016 |

      Pada 20 November lalu Pi1m Bugaya telah mengadakan program Running Man Challenge : ICT Version yang disertai oleh 25 orang peserta terpilih yang mendapat markah tertinggi latihan ICT daripada kelas-kelas ICT anjuran Pi1m Bugaya sebelum ini. Program ini bertujuan bagi menguji ketangkasan berfikir dan bertindak para peserta dan menguji pengetahuan berkaitan ICT.

      Pelbagai jenis permainan kreatif telah disusun untuk para peserta menguji pengetahuan ICT. Semua jenis soalan dan teka teki adalah berkaitan dengan latihan ICT daripada kelas-kelas yang pernah mereka ikuti di Pi1m sebelum ini. Oleh itu, peserta bukan saja dapat mempraktikan apa yang mereka pelajari, tetapi juga dapat memastikan keberkesanan sesi pembelajaran dalam kalangan peserta.

       Program seperti ini bukan sahaja untuk mengeratkan silatulrahim antara peserta, tetapi juga dapat memupuk kerjasama berkumpulan. Program seperti ini juga akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan sistem pembelajaran di Pi1m sentiasa menyeronokkan dan dapat menarik minat lebih ramai anak muda khususnya golongan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengikuti kelas latihan ICT yang dianjurkan di PI1m Bugaya.