Sitti Munirah Binti Abd. Malik

21 April 2016 | Profil Usahawan Tempatan

      Sitti Munirah merupakan seorang graduan dalam bidang keushawanan daripada UMS. Beliau memang meminati bidang keushawanan ini sejak dari awal lagi. Pelbagai jenis perniagaan telah dicuba sejak dari bangku sekolah lagi. Beliau bercita-cita untuk membuka sebuah kedai menjual kuih-muih pada masa akan datang, namun kini beliau mengakui perniagaan atas talian adalah lebih mudah dilakukan dan juga menjimatkan kos.

      Kuih kapit adalah salah satu jenis produk makanan yang dihasilkan sendiri dan diniagakan oleh beliau. Aktiviti membuat kuih dijalankan dari rumah sahaja, dan beliau akan membuat penghantaran kepada pelanggan ke lokasi yang dipersetujui. Beliau juga meletakkan produk makanan di kedai-kedai runcit dan kedai 24jam untuk menambahkan keuntungan. Kuih kapit yang dihasilkan telah diinovasikan dengan pelbagai bentuk dan inti seperti inti coklat, kacang, cheese dan sebagainya untuk menarik perhatian pelanggan.

      Munirah kerap mengunjungi PI1M untuk mengakses internet, mendapatkan info-info terbaru dan juga pelbagai resepi dari perkongsian di laman Youtube untuk diaplikasikan ke proses pembuatan kuih kapit. Contohnya seperti tips-tips agar kuih lebih rangup, tahan lama dan pelbagai tips lagi. Bagi beliau, kemudahan internet PI1M sangat mendatangkan manfaat bagi usahawan kecil seperti mereka yang banyak bergantung kepada internet untuk menjayakan perniagaan.