Sampah Jadi Duit

17 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Bermula dari cetusan minda seorang belia yang sayangkan dan cintakan kebersihan serta keindahan alam sekitar, Rahim Absyah Abdul Wahab juga dikenali sebagai Rahim yang merupakan Pengerusi Kelab Belia di Daerah Semporna telah berjaya mengubah konsep Kitar Semula kepada Sampah Jadi Duit. Idea ini bermula dari apabila berlakunya lambakan sampah sarap dari bahan berasaskan plastik dan getah yang bersifat tidak mudah reput. Menurutnya lagi, dia hanya sekadar mencuba untuk mengguna pakai semula sampah tersebut dengan cara memperbaharui rupa sampah kepada yang lebih menarik. Tanpa disangka, sampah tersebut bukan sahaja terjual, malahan sampah ini juga berjaya menarik minat belia daerah Semporna dan budak sekolah untuk mengitar semula sampah. Produk ini turut diperkenalkan diperingkat daerah Semporna dan bukan sahaja mendapat sambutan malahan ianya berjaya menarik mata penduduk di Daerah Tawau, Sandakan, Kudat, serta di Kota Kinabalu untuk mengenali Idea Sampah Jadi Duit ini. Hasil daripada jualan yang berasaskan sampah ini, pihak World Wild Fund For Nature (WWF) seringkali menjemput saudara Rahim untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

"Saya sentiasa menghasilkan produk yang berasaskan sampah untuk dijual kepada pelanggan" merupakan salah satu ungkapan yang pernah diungkapkan oleh saudara Rahim semasa sesi pengenalan Sampah Jadi Duit ini.