Mengenai PI1M

Selamat datang ke Portal PI1M Bugaya

  • Pengenalan PI1M
Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan insiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Celcom dan NuSuara Technologies Sdn. Bhd. Program Pusat Internet ini diadakan adalah untuk merapatkan jurang digitial antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar. Selain itu, PI1M juga merupakan sebuat pusat komuniti dengan pelbagai fungsi. Komuniti setempat boleh mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada PI1M, menerokai bidang ICT dan menggunakan perkhidmatan komputer di dalam PI1M. PI1M kg. Bugaya telah mula beroperasi pada 12 November 2013. Sejak ia mula beroperasi, pelbagai program telah dianjurkan antaranya Program Celik ICT, Pertandingan Menaip, Bengkel ICT, Pembangunan Laman Web, Blogging, Selfie Challange, Pertandingan Slide Show, Pertandingan Animasi, Ceramah Klik Dengan Bijak, Bengkel Kerjaya, Sukaneka ICT, Pertandingan Mewarna Online dan sebagainya. Kelas Komputer juga diadakan secara percuma kepada ahli PI1M Bugaya.


  • Pendaftaran Ahli

Untuk menjadi ahli PI1M Bugaya, yuran pendaftaran yang dikenakan hanyalah RM5.00 untuk sekali pendaftaran. Ia juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ahli PI1M Bugaya. Antara kelebihan menjadi ahli PI1M ialah penggunaan wifi KTW secara percuma, mengikuti pelbagai kelas latihan ICT secara percuma dan  mendapat diskaun harga apabila anda menggunakan perkhidmatan PI1M seperti penggunaan Komputer, Print, Photocopy dan sebagainya. Anda juga boleh mengikuti kursus keusahawanan kami secara percuma.  Sila bawa salinan IC atau salinan sijil kelahiran semasa mendaftar. Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter PI1M Bugaya.


  • Waktu Operasi

PI1M Bugaya di buka setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Waktu rehat adalah pada jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. Kami juga akan tutup pada cuti Umum.