Pelancongan & Rekreasi

TEMPAT MENARIK DI SEMPORNA

1.   Tampi-Tampi

Kg. Tampi-tampi Semporna menjadi tarikan penduduk sekitar Semporna sebagai pusat rekriasi keluarga. Terdapat 2 buah lokasi menarik yang sering dikunjungi iaitu Resatoran Warisan dan Scuba Tiger Resort. Lokasi kedua-dua tempat ini hanya bersebelahan antara satu sama lain. Kedua-dua tempat ini merupakan restoran makanan laut, yang menyediakan pelbagai jenis masakan laut dengan harga berpatutan. Lokasinya yang berada diatas air menjadikan ia sebagai tempat yang digemari untuk menjalankan pelbagai aktiviti atas air seperti menyelam, mandi laut, banana boat dan sebagainya. Restoran Sucba Tigers juga sesuai dijadikan lokasi mesyuarat, perjumpaan berkumpulan, makan malam dan pelbagai jenis majlis lain kerana susansanya pada waktu malam yang tenang dan menarik.


2.   Borneo Semporna Proboscis Centre

Terletak 20km dari pekan Semporna dan mengambil masa 15 minit perjalanan melalui jalan Kg. Bugaya. Pengunjung boleh merasai pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Buaya di kampung Tonggulangan. River Cruise telah menjadi satu aktiviti yang semakin popular meneroka dan menghargai aspek menarik keindahan alam semula jadi Sabah, terutama hidupan liar di ekosistem bakau yang kaya dengan biodiversiti dan juga spesies yang sangat jarang dijumpai seperti Proboscis Monkeys yang boleh didapati hanya di Borneo.


3.  Taman Marin Tun Sakaran

Taman Marin Tun  Sakaran telah ditubuhkan pada tahun 2004 bertujuan untuk melindungi ciri-ciri yang menakjubkan dan kehidupan biodiversiti yang tinggi di kawasan ini. Terletak di luar pantai timur laut pulau Borneo, berkeluasan 340km persegi meliputi kawasan laut, terumbu karang dan 8 buah pulau iaitu pulau iaitu Bodgaya, Bohey Dulang, Tetagan, Selakan, Sebangkat, Maiga, Sibuan dan Mantabuan.


4. Taman Marin Sipadan

Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai tempat pilihan untuk melakukan aktiviti menyelam skuba dan antara yang terbaik di dunia.





© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.