Pertandingan "Beyblade Battle" & Advokasi

14 August 2019 | Berita Terkini

TAJUK PROGRAM: Pertandingan “Beyblade Battle” & Advokasi

TARIKH : 14 Ogos 2019, Rabu

TEMPAT/MASA : Pusat Internet Felda Bukit Batu/ 9.30 – 1.00 Tengahhari

14 Ogos 2019 – Pusat Internet Felda Bukit Batu telah berjaya mengadakan program “Beyblade Battle” & Advokasi. Program ini diadakan untuk memperingati permainan tradisional, yang dulunya dikenali dengan gasing tetapi telah dimodenkan dengan nama Beyblade seterusnya meningkatkan semangat bersaing secara sihat, melatih agar mematuhi peraturan dan disiplin serta mendengar arahan yang diberikan, menerapkan petua-petua dan nilai KDB serta merapatkan hubungan silaturahim.

   

Program ini juga merupakan pengisian masa terluang untuk peserta sempena cuti sekolah pada kali ini.Program  ini diadakan di dalam Pusat Internet Felda Bukit Batu. Program tersebut berlangsung pada jam 9.30 pagi hingga jam 1.00 Tengahhari. Penglibatan peserta dalam program tersebut adalah seramai 22 orang dan sebilangan besar adalah dikalangan ahli Pusat Internet. Turut hadir ibu bapa yang turut memberikan semangat kepada anak-anak mereka.

               

Sebelum memulakan pertandingan tersebut, taklimat diberikan oleh Pengurus Pusat Internet Felda Bukit Batu mengenai program tersebut kepada para peserta. Selepas itu, tayangan pendek melalui youtube berkenaan permainan gasing asal kepada semua peserta dan penerangan diberikan supaya peserta mengetahui asal usul permainan tersebut yang kini telah menjadi trademark permainan pada masa kini.

Program ini juga di selitkan berkaitan penerangan Kempen Kesedaran Klik Dengan Bijak oleh Pengurus Pusat Internet dengan menggunakan slide modul KDB 2019. Pertandingan bermula pada jam 10.30 pagi selepas selesai mengundi mengikut kumpulan. Setiap peserta diberi peluang bermain 3 kali. Ibu bapa dan kawan-kawan memberi semangat dan sorokan kepada peserta semasa permainan berlangsung.

 

Pertandinga tamat pada jam 12.30 Tengahari. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet kepada para pemenang pertandingan tersebut. Sebelum bersurai, sesi bergambar diadakan bersama-sama sebagai tanda kenangan dan program tamat pada jam 1.00 Tengahari.