Q3 : Kisah Celik IT (Puan Che Puteh binti Man)

03 September 2019 | Kisah Kejayaan

Nama : Che Puteh Binti Man

Umur : 51 Tahun / 680804085284

Jantina : Perempuan

Status : Surirumah
 

Puan Che Puteh binti Man, berumur 51 Tahun merupakan seorang surirumah dan mempunyai tiga orang cahaya mata sekaligus memegang jawatan sebagai setiausaha Dapur Sihat Masyarakat (DSM) Felda Bukit Batu. Dengan jawatan tersebut, beliau dipertanggungjawabkan untuk membuat minit mesyuarat serta laporan aktiviti. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk belajar membuat laporan menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Office Excel di Pusat Internet.

Sebelum melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di Pusat Internet, Puan Che Puteh hanya mempunyai kemahiran asas penggunaan komputer akan tetapi penggunaan komputer secara terperinci amat lemah dan perlu banyak diperbaiki dan dipelajari lagi. Setelah menghadiri serta melibatkan diri di Pusat Internet, beliau mula mempelajari secara terperinci penggunaan komputer dan juga telefon pintar. Seperti membuat email, belajar MS Office secara terperinci, dan lain-lain lagi. Beliau mudah memahami dan mudah mempelajari sesuatu perkara dan pelajaran yang baharu serta mampu menguasai setiap topik pelajaran yang diajarkan setiap minggu.

Pada setiap hujung minggu, beliau akan berkunjung ke Pusat Internet untuk menyiapkan segala laporan serta reten mingguan/bulanan di sini. Seringkali menjadikan staff Pusat Internet sebagai rujukan setiap apa yang beliau tidak fahami dan juga mempelajari perkara-perkara yang baru dan terkini. Malah kini beliau telah mahir mengendalikan Komputer, Menggunakan Internet dan“smart phone”.

Kemudahan dan program latihan ICT yang diberikan di PI Felda Bukit Batu membantu beliau untuk menggunakan ilmu tersebut dalam menyelesaikan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Setiausaha Dapur SIhat Masyarakat (DSM) Felda Bukit Batu seterusnya menjadikan beliau  seorang yang celik IT.