Pertandingan Teka Silang Kata "Sempena Maal Hijrah"

03 October 2016 |

Tajuk Program : Pertandingan Teka Silang Kata Sempena Maal Hijrah

Tempat : Pi1M Felda Bukit Batu

Masa / Hari :  3.00ptg  – 5.30 ptg  / 03 Oktober 2016, Isnin

03 Oktober 2016 : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Batu telah menganjurkan program Pertandingan Teka Silang Kata bersempena dengan Maal Hijrah baru-baru ini. Program ini telah dijalankan di dalam PI1M. Program ini bermula kira-kira jam 3.00 petang.

Selepas membuat pendaftaran, 10 orang yang dapat menyertai program pada kali ini. Manakala, terdapat satu aktiviti yang dapat diadakan iaitu hanya meneka teka silang kata yang telah disediakan. Soalan berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w .

Peserta di minta menyelesaikan 1 teka silangkata di mana teka silangkata tersebut mengandungi perkataan penghijran Nabi dan para sahabatnya . Terdapat 5 patah perkataan yang perlu para peserta menyelesaikan.

Pertandingan ini juga melibatkan para pelajar sekolah agama dan berkaitan dengan sirah serta dakwah islamiah. Penyertaan peserta pada program kali ini majoriti banyak melibatkan pelajar sekolah. Kategori pemenang adalah bermula dari tempat pertama hingga ketiga. Pemenang tempat pertama menerima hamper bernilai RM15.00, tempat kedua hamper bernilai RM10.00 dan tempat ketiga hamper bernilai Rm5.00.

Semoga aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara pengguna dengan kakitangan PI1M. Selain mengisi masa lapang pada cuti hujung minggu. Program tamat kira-kira jam 5.30 petang.