Kisah Kejayaan : Syafiqah Saila Binti Md. Yunos

07 January 2016 | Kisah Kejayaan

Kini, setelah hampir 6 tahun menggunakan perkhidmatan Wifi KTW, Puan Syafiqah Saila atau lebih mesra di kenali sebagai fiffy yang merupakan surirumah sepenuh masa yang mempunyai komitmen yang amat tinggi dalam perniaan di atas talian telah mendapat banyak manfaat. Bilangan pelanggan yang semakin ramai turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan harian beliau.

Pendapatan beliau semakin meningkat dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi hidup beliau. Hal ini juga berlaku kepada pengusaha-pengusaha yang menjalankan perniagan di atas talian lain yang ada di dalam Felda Bukit Batu, kerana liputan Wifi KTW ini meliputi hampir keseluruhan kawasan Felda Bukit Batu.

Fokus beliau tertumpu kepada Selendang dan juga tudung bawal Pelanggan yang membeli barang jualannya bukan sahaja di kalangan warga felda Bukit Batu malah pelanggan-pelanggan dari luar kerana beliau sangat aktif dalam mengemaskini laman facebook miliknya. Perkhidmatan Wifi KTW yang beroperasi selama 24 jam turut memberi satu kemudahan dan keselesaan untuk melayari internet mengikut masa beliau sendiri.

                                                                    

Di antara shawl yang di jual secara atas talian

Kerja yang menggunakan internet setiap hari memberi peluang untuk beliau mempromosikan produk beliau ke seluruh kawasan kulai dan sekitar negeri johor. Penggunaan facebook dan Instagram miliknya iaitu fiffy yunos diaplikasikan sepenuhnya untuk mempromosikan produk-produknya.

Lazimnya, golongan yang menggunakan perkhidmatan Wifi KTW ini terdiri daripada golongan dewasa yang melayari internet untuk mencari bahan di google. Selain itu, golongan ini juga melayari internet untuk mengetahui berita dan isu-isu semasa di dalam negara atau antarabangsa. Selain, golongan dewasa, golongan belia juga ramai yang melayari Wifi KTW ini. Golongan ini melayari internet untuk mencari peluang-peluang pekerjaan, peluang melanjutkan pelajaran dan juga mengetahui isu-isu semasa, sukan, fesyen dan sebagainya.

Selain menggunakan perkhidmatan Wifi KTW, komuniti juga kerap datang ke PI1M. Ini kerana kemudahan yang ada di PI1M seperti tempat yang selesa, kemudahan komputer yang terkini dan  jarak yang dekat tidak perlu ke bandar serta menjimatkan masa dan kos,. Selain itu waktu operasi PI1M yang sesuai dan mudah serta senang untuk dikunjungi menjadikan Pi1M tempat tumpuan kanak-kanak dan pelajar sekolah serta komuniti setempat.

Dengan adanya PI1M dapat membantu kejayaan seseorang individu atau kumpulan dengan mengadakan program-program yang sesuai dan terkini untuk golongan sasaran tersebut. Program-program tersebut mestilah yang dapat menambahkan kebolehpasaran dan menambahkan kemahiran golongan individu atau kumpulan tersebut. Selain bimbingan dan tunjuk ajar secara berterusan dari masa ke masa oleh pengurus dan penolong pengurus PI1M.

Beliau mencadangkan untuk menambahkan bilangan program yang berguna dan bermanfaat untuk golongan sasaran dan komuniti selain mengekalkan dan menambahbaik infrastruktur yang sedia ada di PI1M bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.