Kisah Kejayaan : Md Ramin Bin Buang

10 February 2016 | Kisah Kejayaan

Encik Md Ramin , 50 tahun, merupakan anak jati Felda Bukit Batu. Beliau telah membuka kedai makan yang focus pada Asam Pedas yang di beri nama Asam Pedas Tepian Sungai sejak 9 tahun yang lalu. Antara menu yang ditawarkan oleh beliau ialah Asam Pedas Ikan,Sup Kambing,Sup Ayam serta menu sarapan pagi.

Kedai Asam Pedas Tepian Sungai

Kewujudan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Bukit Batu telah membantu beliau dalam urusan-urusan perniagaan dengan menggunakan perkhidmatan wifi Kampung Tanpa Wayar (KTW) yang telah disediakan. Beliau banyak menggunakan internet untuk urusan-urusan pengiklanan dan promosi perkhidmatan kepada pelanggan menggunakan sosial media “facebook” dan urusan perbankan secara dalam talian. Hampir setiap hari beliau akan hadir ke PI1M untuk menyemak akaun “facebook” beliau sekiranya ada tempahan atau untuk berhubung dengan pelanggannya.

Beliau menggunakan perkhidmatan PI1M dan mula mempelajari cara untuk meningkatkan prestasi dan kualiti perniagaannya. Melalui internet beliau dapat mempelajari dan meluaskan promosi perniagaan beliau ke seluruh tempat tanpa beliau perlu bersusah payah untuk ke sana sini, hanya menggunakan internet dapat meluaskan empayar perniagaan beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan urusan bolehlah melayari dan menghubunginya di Facebook di alamat https://www.facebook.com/Asam-Pedas-Tepian-Sungai-1575145632752124/?fref=ts  

Kemudahan yang ada di PI1M seperti tempat yang selesa, kemudahan komputer yang terkini dan  jarak yang dekat tidak perlu ke bandar serta menjimatkan masa dan kos amat. Selain dengan adanya perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar, KTW yang boleh digunakan 24 jam amat memudahkan segala urusan dibuat walaupun hanya duduk di rumah. Selain  waktu operasinya yang sesuai dan mudah serta senang untuk dikunjungi jadi tidak hairan ramai kanak-kanak dan pelajar sekolah serta komuniti setempat sering mengunjungi PI1M.

 Dengan adanya PI1M dapat membantu kejayaan seseorang individu atau kumpulan dengan mengadakan program-program yang sesuai dan terkini untuk golongan sasaran tersebut. Program-program tersebut mestilah yang dapat menambahkan kebolehpasaran dan menambahkan kemahiran golongan individu atau kumpulan tersebut. Selain bimbingan dan tunjuk ajar secara berterusan dari masa ke masa oleh pengurus dan penolong pengurus PI1M. 

Beliau mencadangkan untuk menambahkan bilangan program yang berguna dan bermanfaat untuk golongan sasaran dan komuniti selain mengekalkan dan menambahbaik infrastruktur yang sedia ada di PI1M bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.