Kisah Kejayaan : Nur Syafiqah Aqilah Binti Md Yunos

06 September 2016 | Kisah Kejayaan

Membuat Demo membuat "Pirate Coffee" pada Majlis Perkahwinannya

Puan Nur Syafiqah Aqilah Binti Md Yunos, 25 tahun, memiliki diploma dalam jurusan perkomputeran di ADTEC, Batu Pahat. Merupakan pengusaha minuman Pirate Cofee. Beliau mula berniaga sekitar mac 2016 yang lalu. Selain berniaga secara offline, beliau juga memasarkan produk beliau secara online di facebook.

Pengusaha ini bagaimanapun di usahakan dengan bantuan suaminya sahaja tanpa mengambil pekerja yang lain. Hal ini demikian kerana menurut beliau bekerja sendiri lebih selesa jika dibandingkan dengan ada pekerja. Kebiasaanya, mereka akan membuka kios jualan mereka ini seawal 10 pagi sehingga lewat petang. Selain daripada pelanggan datang ke Mini Stall, beliau juga ade membuat COD “Cash On Delivery” rumah ke rumah dengan mengenakan sedikit cas daripada penghantaran berikut.

       Sebut sahaja “Pirate Coffee” sudah pastinya ramai yg sudah tahu bahawa beliau mengusahakan minuman yg berasakan pelbagai jenis kopi. Diantaranya termasuklah, White Coffee, Black Coffee, Cappucino, Latte, Mocha, Green Tea, Milk Tea, Vanilla, Chocolate dan menu istimewa iaitu Hazelnut Coffee, Strawberry Chocolate dan Rasberry Chocolate.. Mula mengambil hati para pelanggan dengan keistimewaan Pirate Coffee ini. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu dibeli oleh para pelanggan. Harga bermula dari RM5.00 sehingga RM6.00 sahaja.

Kiosk "Pirate Coffee" Milik Puan Syafiqah Aqilah

Selain kopi dan teh, perasa buah-buahan juga boleh didapati disini. Sebagai contoh, beliau menjual perasa buah anggur, strawberry, manga,  kiwi, nenas dan sour plum. Lebih teruja lagi, perasa buah markisa juga turut di jual oleh beliau. Namun begitu, pelanggan juga boleh mencampur perasa yang mereka kehendaki. Contohnye, Bluemint Vanilla. Sememang nya, perniagaan beliau telah mendapat sambutan penduduk setempat terutama bagi golongan muda 

Di antara "Pirate Coffee yang mendapat tempahan paling tinggi beliau

       Akhir kata, beliau amat bersyukur dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia ini, hal ini kerana beliau lebih mudah mencari maklumat dengan pantas dan berkesan dengan menggunakan Internet. Selain itu, dengan bantuan staff Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tongkat, beliau telah belajar membuat logo, senarai menu dan mempromosikan perniagaan beliau melalui internet.