Kisah Kejayaan : Nur Aliah Binti Baharudin

10 October 2016 | Kisah Kejayaan

Kedai Milik Nur Aliah Collection

Berbekal modal RM3,000.00 dua tahun lalu, Puan Nur Aliah Binti Bahrudin, 23 tahun, kini boleh berbangga kerana dalam usia muda beliau mempunyai kedai  di Pekan Felda Bukit Batu yang di daftar atas nama Nur Aliah Collection.

Di Antara Produk Jualan nya

Nur Aliah Collection menjalankan perniagaan pelbagai jenis tudung, blaus, beg tangan, kerongsang, peralatan solek, baju kanak-kanak, dan pelbagai aksesori wanita. Nur Aliah Collection di buka pada setiap hari kecuali hari jumaat bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Membuka Booth Jualan Di Pasar Malam

Beliau banyak mempelajari ilmu celik IT seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office Excel dan juga Microsoft Office Power Point. Daripada pembelajaran ini, beliau mempraktikkan didalam perniagan beliau dari segi perakaunan, surat-surat , dan juga laporan daripada hasil jualan dan belian.

Kadang-kala beliau akan datang ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan yang ada disini seperti menggunakan komputer untuk membuka Email, membuat pembelia secara online dari pembekal dan mengemaskini laman facebook perniagaannya.

            Harapan beliau dalam mengusahan perusahaan ini adalah, ingin mengembangkan lagi perniagaan beliau pada masa akan datang dan juga berharap dapt menembusi pasaran luar serta dapat membuka cawangan Nur Aliah Collection di daerah lain. Beliau juga berharap menjadi contoh kepada para beliawan dan beliawanis untuk menceburi bidang ini seperti beliau.

      Beliau mencadangkan untuk menambahkan bilangan program yang berguna dan bermanfaat untuk golongan sasaran dan komuniti selain mengekalkan dan menambahbaik infrastruktur yang sedia ada di PI1M bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.