Kisah Kejayaan : Zulinda Binti Kadir

18 October 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Zulinda merupakan seorang Juruukur Bahan yang telah berkhidmat selama 10 tahun di sebuah syarikat iaitu Technowaste Sdn.Bhd.Beliau mempunyai kemahiran dalam membuat serta mendeco pelbagai jenis kek dan cup cakes. Pada awalnya beliau hanya membuat secara suka-suka dan mengambil tempahan dalam skala yang kecil. Namun lama kelamaan,permintaan semakin meningkat hingga mendapat sambutan untuk majlis-majlis kenduri kahwin dan majlis hari jadi.       

Di antara Kek yang di hasilkan oleh Puan Zulinda

Sebagai pengusaha kek secara sambilan, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk mengikuti kelas pembuatan kek.Beliau juga turut mendapat khidmat dari PI1M untuk membuat promosi di laman social miliknya. Namun lama kelamaan, timbul minat beliau untuk meneroka bidang ICT dengan lebih mendalam lagi.

Beliau bermula dengan menonton video masakan dari Youtube, beliau mendapat idea untuk mempelbagaikan lagi rekabentuk kek belia. Di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Batu,beliau diajar cara-cara untuk mencari pautan video kegemaran, gambar – gambar pembuatan kek serta tidak ketinggalan pelbagai resepi yang boleh dimuat turun. Selain itu, Puan Zulinda juga diajar cara-cara untuk menyimpan serta menyalin resepi menggunakan Ms.Word. 

    Beliau juga dibantu dari masa ke semasa mengenai penggunaan komputer dan juga internet.Ini penting kerana mereka perlu memahami selok belok mengenai ICT kerana ia berkaitan dalam menaikkan lagi pasaran perniagaan mereka sebagai seorang usahawan.

    Usaha pihak PI1M Felda Bukit Batu dalam membantu usahawan tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka wajar dipuji. Ia bukan semata-semata untuk perniagaan produk sahaja bahkan para usahawan tempatan dapat mendalami ilmu perkomputeran dan ICT tanpa had ujarnya lagi.