Santai Di Pi1m Bersama Ahli / Pertandingan Karom & Catur

15 October 2016 |

Tajuk Program : Santai Di Pi1m Bersama Ahli / Pertandingan Karom & Catur

Tempat : Pi1M Felda Bukit Batu

Masa / Hari :  2.00 ptg -5.30 ptg  / 15 Oktober 2016 , Sabtu

15 Oktober 2016 : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Batu telah menganjurkan program Santai Di Pi1m / Pertandingan Karom & Catur. Program ini telah dijalankan di dalam PI1M. Program ini bermula kira-kira jam 2.00 petang.

Selepas membuat pendaftaran, 15 orang yang dapat menyertai program pada kali ini. Manakala, terdapat dua aktiviti yang dapat diadakan. Aktiviti pertama ialah bermain Karom, satu sesi 4 orang peserta tahap dua, manakala aktiviti kedua pula ialah bermain catur secara online di laman sesawang https://www.sparkchess.com/.

Dalam permainan Catur Online, peserta diuji dari segi berfikir dengan sebaik mungkin. Para peserta diberikan masa dan juga terdapat catatan dalam permainan tersebut. Jika peserta kalah, peserta tidak boleh bermain lagi untuk permainan ini. Jika peserta menang, peserta boleh bermain dengan beberpa pihak lawan yang telah disediakan.

Penyertaan peserta pada program kali ini majoriti banyak melibatkanahli-ahli pi1m berkumpul di sini secara santai, bergelak ketawa dan menambah ilmu.  Bagi peserta yang berjaya, akan menerima hamper. Pemenang tempat pertama menerima hamper bernilai RM18.00, tempat kedua hamper bernilai RM10.00 dan tempat ketiga hamper bernilai Rm7.00.