Program Si Cilik "Genius IT"- 13 November 2016

13 November 2016 |

Tajuk Program : Si Cilik “Genius IT”

Tempat : PI1M Felda Bukit Batu

Masa / Hari :  9.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Tarikh : 13 November 2016
 

13 Nov 2016(Ahad), Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Bukit Batu telah mengadakan program Si Cilik “Genius IT” Secara Online bersama Pelajar Tabika Kemas di PI1M Felda Bukit Batu. 

Program yang diadakan pada 13 Nov 2016 (Ahad) disertai seramai 20 orang pelajar Tabika Kemas Felda Bukit Batu iaitu 10 orang dari pelajar tabika kelas 1 dan 10 orang pelajar tabika dari kelas 2. Program ini diadakan bertujuan untuk menjadikan peserta seorang yang celik IT disamping memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada para peserta mengenai dunia teknologi maklumat. Selain itu, para peserta diberi penerangan mengenai asa-asas penting di dalam penggunaan teknologi maklumat. 

Sebelum acara mewarna online dimulakan, para peserta telah diberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak (KDB). Walaupun mereka masih lagi kecil, mereka perlu didedahkan dengan cara-cara yang betul dalam penggunaan teknologi maklumat. Selain itu juga, taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para peserta terhadap etika penggunaan internet secara selamat dan berkhemah. 

Program mewarna online dimulakan pada jam 9.30 pagi. Para peserta diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan lukisan masing-masing. Para peserta dikehendaki mewarna gambar di dalam laman web www.uptoten.com. Tema lukisan ialah kartun animasi. Pelbagai gelagat dan aksi para peserta dapat dilihat ketika pertandingan. Kebanyakkan peserta sangat teruja dan gembira melihat hasil lukisan masing-masing. Program tamat pada jam 12.30 tengahari. 

Program ini turut dibantu oleh guru-guru Tabika Kemas Felda Bukit Batu iaitu Puan Noratikah Binti Mohd Jafri (Guru Tabika Kelas 1) dan Puan Roslina Binti Zainuddin (Guru Tabika Kelas 2). Mereka berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan kerana ia bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara para peserta dan pengurusan PI1M malahan hubungan baik antara pihak pengurusan PI1M dan juga pihak pengurusan sekolah disamping dapat menjana idea bersama untuk meningkatkan lagi kualiti PI1M.