Pertandingan “Word Search Challenge” 26 Nov 2016, sabtu

26 November 2016 |

Tajuk Program : Pertandingan “Word Search Challenge”

Tempat : PI1M Felda Bukit Batu

Masa / Hari :  9.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Tarikh : 26 November 2016
 

26 Nov 2016(Sabtu), Bersempena cuti persekolahan,Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Batu telah mengadakan satu pertandingan yang diberi nama “Word Search Challenge”. Pertandingan ini terbuka kepada golongan pelajar sekolah rendah dan menengah.Pertandingan yang bermula pada jam 9.30 pagi itu dimulai dengan sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar yang ingin mengambil bahagian.

Taklimat ringkas mengenai pertandingan seperti syarat-syarat,tempoh masa pertandingan telah diterangkan oleh staff P1IM.Setelah semua peserta lengkap mengisi butir peribadi,mereka kemudiannya diarahkan untuk mengambil tempat dan kertas soalan beserta peralatan menulis diberikan.

Word Search Challenge ini merupakan pertandingan secara individu dimana mereka diminta untuk melengkapkan perkataan menggunakan Google translate supaya lebih memahami makna perkataan dan memudahkan pencarian .Setelah selesai, peserta perlu mencari perkataan-perkataan tersebut diruangan perkataan yang tersembunyi.

Pemenang dipilih berdasarkan kepantasan dan juga ketepatan perkataan yang berjaya diselesaikan oleh peserta. Seramai 12 orang peserta daripada Tahap 1 dan 2 mengambil bahagian dan hadiah utama diberikan kepada 4 orang iaitu pemenang Tahap 1, Ammar Thaqif Bin Johari di tempat Pertama,Kedua Izzi Haqeem Bin Azali dan  Muhammad Suhaimi Bin Shaharuddin Ketiga dan  pemenang pertama bagi tahap dua pula ialah Muhd Hafiy Fitri Bin Hairi. Selain dapat mengisi masa lapang semasa cuti persekolahan,aktiviti ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai perkataan-perkataan bahasa inggeris selain dapat meningkatkan kemahiran menggunakan peralatan perkomputeran dan ict.