Pertandingan “Bijak Jawi” 10 Disember 2016,Sabtu

10 December 2016 |

Tajuk Program : Pertandingan “Bijak Jawi”

Tempat : PI1M Felda Bukit Batu

Masa / Hari :  9.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Tarikh : 10 Disember 2016

10 Dis 2016(Sabtu), Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Bukit Batu telah mengadakan Pertandingan “Bijak Jawi sempena Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur rasul).Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji kefahaman peserta menulis tulisan jawi melalui dunia ICT. Selain itu, aktiviti ini juga dijalankan untuk mempromosikan PI1M dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli PI1M dengan petugas PI1M.

Pertandingan ini bermula pada jam 9.30 pagi dengan pendaftaran peserta pertandingan. Selepas itu, peserta pertandingan diberi sedikit taklimat am berkenaan peraturan pertandingan. Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang terdiri daripada ahli PI1M Felda Bukit Batu. Peserta pertandingan dikehendaki menulis semula cerita pendek ke dalam tulisan jawi. Para peserta diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan tugasan itu. Mereka juga dibenarkan menggunakan internet untuk mencari jawapan, ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran peserta cara menggunakan enjin carian seperti google untuk mencari maklumat.  

Aspek kekemasan tulisan yang mudah dibaca dan ejaan yang betul diambil kira untuk proses pemarkahan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, para peserta tekun dan fokus untuk menyiapkan tugasan tersebut. Namun ada beberapa orang peserta yang kurang mahir dalam menulis dan mengeja tulisan jawi, sedikit bimbingan dan tunjuk ajar diberikan oleh petugas PI1M. Para peserta berasa seronok dan gembira apabila mereka dapat menyiapkan tugasan tersebut.

Pemenang tempat pertama bagi aktiviti ini ialah adik Mohd Khalis Bin Abdul Razak iaitu dari Sekolah Agama Benut. Tempat kedua pula dimenangi oleh adik Aiman Hakimi Bin Zaini dari Sekolah Men.Keb. Kelapa Sawit dan tempat ketiga adik Muhammad Suhaimi Bin Shaharudin. Peserta-peserta lain turut menerima hadiah saguhati. Harapan para peserta agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan dan dikembangkan di dalam komuniti kerana aktiviti-ini sangat memberi bermanfaat kepada komuniti khususnya untuk meningkatkan nilai kebolehan diri masyarakat dalam ilmu ICT.