Ekonomi dan Keusahawanan

PERTANIAN DAN PERLADANGAN

Tanah seluas 1567.74 hektar yang subur di kawasan Felda Bukit Batu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung. Kelapa sawit  merupakan tanaman utama di sini di ikuti dengan getah. Usaha penduduk dalam aktiviti pertanian dibantu oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dengan memberi bantuan dari segi barangan pertanian dan FELDA untuk memberi khidmat nasihat. Bantuan seperti ini memberi dorongan kepada golongan petani untuk membesarkan lagi perusahaan mereka. Walaupun pertanian yang diusahakan penduduk tidak luas namun hasilnya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. 


PERIKANAN DAN PENTERNAKAN

Aktiviti penternakan yang dijalankan di Felda Bukit Batu dijalankan secara kecil-kecilan. Namun ia juga boleh menyumbang kepada sumber ekonomi sesebuah keluarga yang mengusahakannya. Antara ternakan yang diusahakan oleh segelintir penduduk ialah ternakan ayam, ikan talapiah, lembu dan kambing. Walaupun   tidak   diusahakan   secara komersial, namun dengan adanya ternakan seperti ini, penduduk tidak mempunyai masalah untuk mendapat- kan bekalan daging ayam, ikan talapiah dan lain-lain yang segar dan dijamin halal untuk kegunaan sendiri tanpa ragu-ragu. Ayam-ayam yang diternak kebanyakannya dilepas dan dibiarkan meragut rumput di kawasan-kawasan sekitar kampung. Walaubagaimanapun, ada juga yang meletakkannya di dalam reban dan di beri makan sendiri oleh penternaknya. Oleh itu, ia dapat memudahkan penduduk disini untuk menjalankan perikanan dan penternakan mereka dengan adanya bantuan-bantuan ini.

PEMBUATAN

Sektor Pembuatan yang dijalankan di Felda Bukit Batu dijalankan secara kecil-kecilan. Namun ia juga boleh menyumbang kepada sumber ekonomi sesebuah keluarga yang mengusahakannya. Antara pembuatan yang diusahakan oleh segelintir penduduk ialah pembuatan roti, dan produk sejuk beku. Walaupun   tidak   diusahakan   secara komersial, namun dengan adanya sektor pembuatan seperti ini, penduduk tidak mempunyai masalah untuk mendapat kan roti yang baru di proses dan kuih-kuih tradisional dalam konsep sejuk beku. Penghasilan tersebut seterusnya di bekalkan ke kedai-kedai berhampiran kawasan kampung Felda Bukit Batu dan kawasan sekitar.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.