Kemudahan Awam


KEMUDAHAN ASAS

Sejajar dengan hasrat kerajaan ingin memberi keselesaan kepada peneroka, pihak FELDA telah menyediakan beberapa kemudahan asas untuk kemudahan peneroka. Kemudahan asas sebahagiannya disediakan   oleh   pihak   FELDA,   dan sebahagiannya disediakan oleh peneroka sendiri. Kemudahan yang paling penting seperti jalan raya berturap, lampu jalan, bekalan air dan elektrik disalurkan dengan cukup kepada seluruh penduduk. Antara kemudahan lain adalah masjid, sekolah, klinik, balai polis, balai raya dan lain-lain yang dibina di dalam kawasan kampung untuk kegunaan penduduk setempat.

KESIHATAN

Penduduk Felda Bukit Batu mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Desa Felda Bukit Batu yang beroperasi setiap Ahad hingga Khamis, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan klinik ini tidak jauh dari penempatan penduduk dan mudah bagi mereka untuk datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah klinik kesihatan kanak-kanak, ibu mengandung, postnatal, perancang keluarga dan turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah ke rumah untuk wanita mengandung. Kadar bayaran sama seperti klinik desa lain iaitu RM1.00 untuk pesakit luar dan RM15.00 bagi warga asing.  Sekiranya berlaku kes-kes kritikal,   pihak   klinik   akan merujuk   kepada   Klinik Kesihatan Kulai atau Klinik Kesihatan Ayer Baloi,Pontian yang terletak lebih kurang 40-50 km dari Felda Bukit Batu.
Jururawat Masyarakat Klinik Desa Kg.Felda Bukit Batu : Azian Binti Abdullah
No. Telefon Klinik Desa : 07-6511833

KESELAMATAN

RELA: Keselamatan Felda Bukit Batu secara amnya adalah di bawah jagaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA). JKKK sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan kampung. Pihak JKKK amat peka dengan segala perkara berkaitan dengan keselamatan kampung dan rondaan secara berkala merupakan antara cara untuk menjamin keamanan terus tercapai.


POLIS: Segala aduan dan kegiatan jenayah akan dilaporkan terus ke Balai Polis Air Bemban yang merupakan balai polis terdekat dengan kawasan kampung ini. Di samping itu, penduduk juga bekerjasama dengan pihak polis, Peronda PLUS, JKKK dan RELA dalam menjaga keselamatan kampung dan mengelakkan kegiatan jenayah berlaku di kampung ini.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.