Maklumat Tempatan

MAKLUMAT KOMUNITI FELDA BUKIT BATU.


Nama Felda Bukit Batu di ambil nama Pekan Bukit Batu luar,kononnya mengikut cerita lama yang nyata ada sebuah Bukit terletak di KM51.2 Jalan Johor Bahru ke Air Hitam (berhadapan dengan jalan masuk ke Felda ini). Bukit tersebut mengeluarkan batu pejal yang terbanyak hari ini. Bukit batu ini diterokai oleh syarikat kuari yang mengeluarkan pelbagai jenis batu batan untuk kegunaan pembangunan negeri dan negara.

Kampung Felda Bukit Batu ini terletak dibahagian Barat Laut Daerah Johor Bahru dalam Negeri Johor. Walau bagaimana pun apabila daerah kecil Kulai dinaiktaraf menjadi sebuah daerah penuh yang dinamakan daerah Kulaijaya, maka kampong ini termasuklah di dalam daerah baru tersebut. Kampung Felda Bukit Batu Boleh dihubungi melalui jalanraya Persekutuan Johor Bahru ke Air Hitam dan Lebuhraya Utara Selatan melalui Persimpangan Tol Plaza Sedenak. Ditengah-tengah kampung ini terbina pula sebatang jalan negeri bagi memnghubungkan jalan persekutuan, lebuhraya dan kawasan di dalam daerah Pontian. Dengan demikian mudahlah pengguna dari Pontian masuk ke lebuhraya PLUS bagi bergerak ke utara atau selatan. 


SEJARAH KAMPUNG FELDA BUKIT BATU :


Rancangan Felda Bukit Batu ini telah mula dibangunkan dalam Tahun 1961 oleh Kerajaan Persekutuan, menerusi Lembaga Kemajuan Pesekutuan (L.K.T.P.). Cara memajukan tanah rancangan ini dibuat berperingkat-peringkat. Hasil keluaran dari kampung ini ialah tanaman buah tandan segar kelapa sawit dan getah.

Peneroka di sini diberikan tanah tapak rumah ¼ ekar dan disediakan sebuah rumah kayu dengan rekabentuk seragam yang ditetapkan oleh Felda yang boleh menampung sebuah keluarga. Untuk menyara keluarga peneroka  bekerja diladang seluas 8 ekar dengan bayaran RM 2.90sehari,sehinggalah peneroka berjaya mengeluarkan hasil sendiri daripada ladang yang telah mereka kerjakan. Disamping itu peneroka di beri peluang mengerjakan tanah kosong untuk ditanam dengan pelbagai tanaman untuk kegunaan sendiri dan dijual sebagai pendapatan tambahan.

Pada tahun  1989 proses tanam semula telah dibuat dan sebahagian  besar peneroka telah memilih untuk menanam pokok kelapa sawit. Hanya kira-kira 33 orang dari 292 orang peneroka yang masih berminat untuk menanam semula pokok getah. Walau bagaimana pun pada akhir tahun 2014 ini mereka yang telah memilih untuk menanam pokok getah dahulunya kini akan menebang pokok getah dan menanam dengan pokok kelapa sawit.

Hingga sekarang rancangan ini telah berumur kira-kira 53 tahun dengan generasinya telah sampai ke generasi yang ke 4. Sebahagian besar peneroka generasi pertama telah kembali ke rahmatullah dan telah disemadikan di dalam kawasan tanah perkuburan yang telah disediakan di pinggir rancangan ini.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.