Pelancongan & Rekreasi

1) ASAM PEDAS TEPIAN SUNGAI / KEDAI ALA KAMPUNG (BERATAP NIPAH)
Nama Pemilik : EN. MD. RAMIN BIN BUANG
No.Telefon : 012-2125923
Alamat Penuh : NO.1 JALAN WARONG KE FELDA BUKIT BATU,81020 KULAI,JOHOR
Website : https://www.facebook.com/Asam-Pedas-Tepian-Sungai-1575145632752124/?fref=ts

Perusahan Kedai Makan Tepian Sungai ini di tubuhkan sejak tahun 2006. Antara menu utama perusahaan ini ialah Asam Pedas Ikan Merah. Selain itu, Menu lain seperti sup Ayam,Sup Daging,Sup Gearbox dan lain-lain juga di sediakan. Perusahaan Asam Pedas Tepian Sungai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari ahad. Waktu Beroperasi perusahaan asam pedas ini ialah bermula jam 07.00 pagi di mana menyediakan menu sarapan pagi dan di ikuti menu tengahari. Asam Pedas Ini tutup pada jam 4.00 petang. Kedai Ini bersebelahan dengan sungai dan juga merupakan jalan utama keluar masuk kenderaan menghala ke Tol dan juga ke pontian.

2) MANMILA NASI LEMAK AYAM ORGANIK
Nama Pemilik : EN. ABDUL RAHMAN
No.Telefon : 019-7848784
Alamat Penuh : TAMAN RIA,BUKIT BATU,81020 KULAI,JOHOR
Website : https://www.facebook.com/manmila.nasilemakpanas.5?fref=ts

Man Mila Nasi Lemak Panas yang terletak di pintu masuk ke Taman Ria, Bukit Batu sedenak ini mula beroperasi sejak tahun 2007. Warung Nasi Lemak ini di usahakan oleh Encik rahman sekeluarga. Pada mulanya warung nasi lemak ini hanya tertumpu pada nasi lemak sahaja tetapi kini terdapat menu lain seperti sup ayam kampung,roti canai,mee kari, burger.dan lain-lain. Man Mila Nasi Lemak Ayam Organik Ini di buka pada hari isnin sehingga khamis. Pada hari jumaat dan sabtu kedai nasi lemak ini tidak beroperasi. Waktu Beroperasi kedai makan manmila adalah bermula jam 2.30 petang sehingga 10 malam. Harga makanan disini sangat berpatutan dan murah.

3) HOMESTAY TANJUNG AMIN
Nama Pemilik : HAJAH KALSOM BINTI HAJI AMIN
No.Telefon : 017-7061076
Alamat Penuh : NO.67(A) JALAN KENANGA, FELDA BUKIT BATU,81020 KULAI,JOHOR

Homestay Tanjung Amin mula beroperasi pada 2011. Homestay Tanjung Amin menyediakan perkhidmatan bilik dan menyediakan segala kelengkapan untuk tujuan penginapan. Harga yang di berikan adalah berpatutan kerana lokasi homestay ini berhampiran dengan lebuhraya.Perusahaan ini di jalankan oleh hajah kalsom sekeluarga. Lokasi homestay ini dalan di dalam kawasan felda bukit batu.


4) D & Y TEXTTILE (MALAYSIA) SDN. BHD. (Kawasan Perindustrian Sedenak)
Nama Pemilik : ZHAO HUAN CHEN
No.Telefon :07-6613333
Alamat Penuh : D&Y TEXTTILE(MALAYSIA) SDN.BHD,81000 KULAI,JOHOR

D & Y Textile (Malaysia) Sdn.Bhd yang terletak di Kawasan Perindustrian sedenak ini mula beroperasi pada tahun 2015. D & Y Textile merupakan pengeluar tekstil yang menyediakan kemudahan gelendong sikat dan pemutar benang. Kilang ini menghasilkan 100,000 gelendong dengan keluaran tahunan sesikat benang berkualiti sebanyak 30,000 setan metrik. Fasa kedua pembinaan pula akan membabitkan pembangunan kilang benang seluas 60,000 meter persegi,sebuah gudang untuk simpanan produk seluas 4,000 meter persegi dan gudang dengan keluasan 6,000 meter persegi untuk simpanan bahan mentah.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.