Pendidikan

PENDIDIKAN

SKLKTP (Sekolah Rendah & Pra-Sekolah) : Felda Bukit Batu menyediakn sebuah seolah rendah untuk kemudahan pendidikan anak-anak dan cucu-cucu felda yang tinggal di sini. Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Batu dianggarkan mempunyai jumlah murid seramai 332 orang termasuk pelajar Pra-Sekolah (Lelaki : 170 Perempuan : 162), (Pra-Sekolah Lelaki : 8 Perempuan : 17) yang menempatkan semua anak dan cucu penduduk felda ini. Sesi persekolahannya bermula dari jam 7.15 pagi sehingga jam 1.15 petang.

Guru Besar SKLKTP Felda Bukit Batu : Encik Nor Azman Bin Hj Abd Rahman

GPK HEM SKLKTP Felda Bukit Batu : Encik Muhamad Bin Ibrahim

No. Tel SKLKTP : 07-6512405


Sekolah Agama : Selain daripad Sekolah Rendah, terdapat juga Sekolah Agama iaitu Sekolah Agama Felda Bukit Batu. Sekolah ini menempatkan anak-anak dan cucu-cucu penduduk Felda Bukit Batu. Sekolah Agama terletak bersebelahan dengan bangunan Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Batu . Sekolah Agama ini mengajar dari Tahun 1 hingga Darjah 6. Terdapat beberapa orang guru dan juga kakitangan pengajar yang mengajar di sekolah agama ini. Sesi persekolah bermula dari jam 2.00 petang sehingga jam 6.30 petang. Ini kerana mereka dibahagikan dengan beberapa bahagian kelas. Selain itu, mereka pergi ke sekolah dengan menaiki basikal atau motorsikal sendiri ataupun ibubapa mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah dan juga ada pelajar ke sekolah berjalan kaki.

Guru Besar Sekolah Agama Kg. Felda Bukit Batu : Ustazah Junainah Binti Mohd Nasir

Tabika KEMAS : Felda Bukit Batu juga menyediakan sekolah Tabika Kemas untuk anak-anak yang berumur 4 hingga 5 tahun. Tabika ini juga mempunyai dua orang guru yang berpendidikan SPAK dan juga 2 orang pembantu tabika. Sesi persekolahan bermula seawall jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.

Tabika Kemas Kelas 1 : Puan Noratikah Binti Mohd Jefri

Tabika Kemas Kelas 2 : Puan Roslina Binti Zainuddin


TASKA PERMATA : Felda Bukit batu juga menyediakan Kelas Permata iaitu bagi anak-anak ataupun cucu-cucu yang berumur 3 tahun hingga 4 tahun. Kelas Permata ini mempunyai 4 orang guru serta pembantu untuk menguruskan para pelajar bersama-sama. Kelas Permata ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Kelas permata ini sesuai kepada ibu bapa yang bekerja.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.