Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif  Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama oleh pihak Celcom Axiata Berhad dan NuSuara Technologies Sdn Bhd.

 

Pelancaran projek ini merupakan satu pendekatan yang memberi fokus utama amnya untuk komuniti dalam merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Objektif PI1M adalah membantu, mendidik dan memberi  kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mempelajari teknologi  maklumat  & asas penggunaan komputer dan  aplikasi.

 

PI1M Felda Bukit Batu ini mula beroperasi pada 22 April 2010 yang dilengkapi dengan 20 buah komputer berinternet untuk kegunaan seluruh komuniti. Ruang Bilik Kelas dan Latihan, Bilik Penggunaan Internet yang selesa dilengkapi Hawa-Dingin (Air-Cond). Mempunyai ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen.

Selain itu, Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, projektor dan pelbagai servis dokumentasi sampingan turut disediakan.

 

 

 

Waktu Operasi :  

Hari     :  Setiap hari kecuali Cuti Umum

Waktu :  9.00 pagi hingga 6.00 petang

Rehat  : 1.00 petang hingga 2.00 petang 

 

 

Antara perkhidmatan yang disediakan di PI1M ialah:

Ø Kelas Latihan Asas Komputer (diberikan PERCUMA kepada ahli)(Terbuka Untuk Semua Peringkat Usia)

Ø Perkhidmatan penggunaan komputer dan capaian internet

Ø Printing, photostat, scanning & laminating

Ø Upah menaip

Ø Burn CD/DVD

Ø Format Laptop

Ø Kemudahan Wifi secara Percuma

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan