Berita & Aktiviti Terkini

Sentuhan Kasih Buat Ayah

21 June 2017 | Berita Terkini

Pada 16 Jun 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor dan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu aktiviti membuat kad hari bapa sempena Sambutan Hari Bapa yang jatuh pada tanggal 18 Jun 2017 (Hari Ahad). Aktiviti tersebut telah diadakan di Perpustakaan Desa pada jam 3.00 petang dan telah berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai hampir 15 orang telah menyertai aktiviti tersebut. Kesemua peserta yang mengambil bahagian dalam aktivit tersebut adalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti ini bermula dengan kehadiran para peserta.... read more

Program Bubur Lambuk

21 June 2017 | Berita Terkini

Pada 7 Jun 2017 yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor, Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor, Badan Koperasi Felda Bukit Jalor dan Literasi Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu program membuat bubur lambuk sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak. Aktiviti gotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk telah bermula sejak awal lagi pada jam 9.00 pagi. Walaupun berada dalam bulan Ramadhan, penat berpuasa, kami tetap merasa gembira kerana setiap kerja yang dilakukan adalah bersama-sama. Pada jam 11.00 pagi, aktiviti memasak telah berlangsung dan telah siap sepenuhnya pada jam 3.00 petang.... read more

Sambutan Hari Ibu

22 May 2017 | Berita Terkini

Tanggal 17 Mei 2017 yang lepas,  Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor dan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu majlis Sambutan Hari Ibu telah diadakan di Perpustakaan Desa pada jam 3.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.30 petang. Para jemputan terdiri daripada ibu-ibu dari Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Jawatan Kuasa Kampung (JKK), Pegawai Felda, serta para ibu-ibu di dalam kampung ini. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Majlis bermula dengan kehadiran para ibu-ibu. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menggalakkan... read more

Chocolate Bouquet dan Kad Hari Guru

22 May 2017 | Berita Terkini

Pada 12 Mei 2017 yang lepas,  Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor dan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu aktiviti membuat Chocolate Bouquet dan kad Hari Guru. Aktiviti tersebut telah diadakan di Perpustakaan Desa pada jam 3.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.30 petang. Seramai hampir 20 orang pelajar telah menyertai aktiviti tersebut. Kesemua peserta yang menagmbil bahagian dalam aktivit tersebut adalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menangah. Aktiviti ini bermula dengan kehadiran para peserta. Setiap peserta dibekalkan dengan sekuntum bunga, sehelai kertas, sekerat... read more

Bengkel Cookies- Cheese Tart

29 April 2017 | Berita Terkini

                Pada 27 April 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu bengkel membuat cheese tart bersama badan-badan komuniti yang beroperasi berhampiran PI1M. Bengkel tersebut telah diadakan di Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor. Antara badan yang terlibat ialah, Perpustakaan Desa, Pusat Literasi, JKKK dan Koperasi Felda. Bengkel ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.  Tujuan bengkel ini diadakan adalah  untuk menggalakkan penglibatan ahli Pi1M dalam kalangan wanita, dewasa dan ibu-ibu dalam program-program anjuran Pi1M. Selain itu, program seperti bengkel masakan... read more

Pertandingan Membuat Penanda Buku bersama Perpustakaan Desa (F) Bukit Jalor

14 April 2017 | Berita Terkini

Tanggal 8 April 2017 yang lepas,  Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor dan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu pertadingan membuat penanda buku. Pertandingan tersebut telah diadakan di Perpustakaan Desa pada jam 3.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.30 petang. Seramai hamper 15 orang pelajar telah menyertai pertandingan tersebut. Kesemua peserta adalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Pertandingan ini bermula dengan kehadiran para peserta. Setiap peserta dibekalkan dengan satu batang ais-krim, sepotong kertas manilakat dan tiga potong kain felt pelbagai warna. Peserta dibenarkan untuk membuat penanda... read more

Gubahan Bunga Telur

28 March 2017 | Berita Terkini

                 Pada 28 Mac 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu bengkel kraftangan bunga telur. Program  ini telah diadakan sebelah pagi pada jam 10.00 pagi dan telah berakhir pada jam 12.00. Aktiviti ini dijalankan di Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor dan semua perserta yang menyertai aktiviti ini adalah suri rumah yang terdiri daripada golongan berumur antara 27 hingga 40 tahun.                  Antara bahan-bahan yang telah digunakan ialah lidi, reben, manik, dawai, daun palstik, net telur, kertas crepe, benang, gunting... read more

Sukaneka Cuti Sekolah

23 March 2017 | Berita Terkini

              Tanggal 22 Mac 2017 yang lepas,  Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu aktiviti sukaneka. Pertandingan telah diadakan di dalam kawasasan PI1M dan di padang awam Felda Bukit Jalor. Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya, isi air dalam botol menggunakan sebelah tangan, straw di mulut, baling tin, lontaran kasin dan acara rebut kerusi. Pertandingan telah bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Pertandingan ini melibatkan peserta daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.        ... read more

Kreativiti tempat letak pen

14 March 2017 | Berita Terkini

Tanggal 12 Mac 2017 yang lepas,  Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu pertadingan kreativiti tempat letak pen. Pertandingan tersebut telah diadakan di dalam PI1M pada jam 10.00 pagi dan telah berakhir pada jam 12.30 tgh hari. Terdapat 10 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan ini bermula dengan kehadiran para peserta dan pendaftaran peserta diambil. Alatan-alatan yang perlu disediakan oleh peserta adalah mengikut kreativiti dan inisiatif masing2, contohnya kertas warna, kotak, batang aiskrim, botol... read more

Origami Kreatif

27 February 2017 | Berita Terkini

                  Pada 24 Februari 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor telah mengadakan pertandingan membuat origami. Pertandingan ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pertandingan ini diadakan di dalam PI1M dan seramai 29 orang peserta telah menyertai pertandingan ini.  Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengcungkil bakat kreatif peserta di samping mengajar peserta supaya lebih berdaya kreatif dalam setiap perkara yang dilakukan. Pertandingan bermula dengan pendaftaran peserta. Setiap peserta yang berdaftar dibekalkan dengan tiga helai kertas warna untuk membuat origami masing-masing. Peserta bebas menggunakan... read more

lagi berita & aktiviti