Berita Terkini

Warna -Warni Batik

22 July 2022 | Berita Terkini

Pada hari Jumaat yang lepas, 22 Julai 2022 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor (PEDi) bersama-sama dengan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor (PD) telah manganjurkan Pertandingan mewarna lukisan batik. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat peserta dan mengisi masa lapang. Pihak penganjur telah mengiklankan pertandingan mewarna ini di dalam kumpulan “whatapps” pada hari sebelum pertandingan dilaksanakan. Seramai 10 orang peserta telah mendaftar secara atas talian. Peserta berumur diantara 6 tahun hingga 10 tahun. Pada jam 2.40 petang para peserta telah mulai mendaftar di PEDi. Pihak penganjur telah mengedarkan lukisan... read more

Celik IT - Firdaus Omar

23 June 2022 | Kisah Kejayaan

Firdaus Omar merupakan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bukit Jalor. Beliau berumur 14 tahun dan tinggal di alamat C8 Felda Bukit Jalor. Ayah beliau merupakan seorang peneroka manakala ibu beliau merupakan seorang surirumah. Beliau adalah ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor yang aktif kerana telah menyertai banyak program dan latihan anjuran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor.  Adik Firdaus Omar telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor pada 24 ogos tahun 2014, beliau telah menyertai beberapa kelas ICT anjuran PEDI Felda Bukit... read more

Kisah Kejayaan - Pn Zainon Amaludin

23 June 2022 | Kisah Kejayaan

Puan Zainon Amaludin merupakan anak peneroka Kampung Felda Bukit Jalor. Beliau menetap di alamat B104 bersama keluarganya. Beliau merupakan anak kelapan daripada sembilan orang adik beradik. Bermula pada awal tahun 2010, beliau telah memulakan perniagaan kuih muih tradisional. Dengan menggunakan nama komersial ‘Kedai Cuq Udang Omak Den’ menjadikan kedai miliknya amat dikenali oleh warga kampung Felda Bukit Jalor. Perniagaannya bermula dari jam 11 pagi sehingga 5 petang. Ianya berlokasi di hadapan kediaman beliau sendiri menjadikan salah satu hal yang menguntungkan kerana beliau tidak perlu untuk membayar sewa tapak perniagaan. Puan Zainon... read more

Putih Salju

17 June 2022 | Berita Terkini

Pada hari Jumaat yang lalu, 17 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor (PEDi) bersama-sama dengan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor (PD), telah menganjurkan program yang di beri nama Putih Salju. Ini merupakan program Pertandingan Gubahan Telekung. Program ini telah disertai oleh suri rumah sekitar Kampung Felda Bukit Jalor. Program ini juga diadakan untuk mengisi masa lapang para ibu. Sehari sebelum pertandingan diadakan, iklan bagi hebahan berkaitan dengan pertandingan ini telah pun disalurkan secara atas talian. Iklan ini telah dihebahkan didalam group whataps E-Niaga Kampung Felda Bukit Jalor. Hasil... read more

Kisah Kejayaan - En. Sulaiman bin Abu

18 June 2022 | Kisah Kejayaan

Sulaiman bin Abu merupakan anak seorang peneroka Kampung Felda Bukit Jalor yang beralamat di C-92. Beliau telah berkahwin dengan jiran beliau dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Isteri beliau minat terhadap tanaman bunga, dan bermulanya dengan minat ini, belaiu telah mendapat idea untuk membuka nursery pada tahun 2020 di halaman rumah beliau. Beliau bersama-sama isteri beliau iaitu Pn. Intan Norazalina menanam pokok dan menjualnya. Bermula dengan beliau menanam pelbagai jenis pokok ati-ati yang mempunyai pelbagai jenis warna yang menarik. Beliau mendapatkan benih daripada jiran,kawan-kawan dan ada juga yang dibeli oleh beliau.... read more

Kraft Aidilfitri

24 May 2022 | Berita Terkini

  Pada hari selasa yang lalu, 24 Mei 2022 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor (PEDi) bersama-sama dengan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor (PD) telah manganjurkan Pertandingan Kraft Aidilfitri. Pertandingan Kraft ini adalah pertandingan mencipta kad Hari Raya sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini.  Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat terpendam kanak-kanak yang berusia 12 tahun. Pertandingan kali ini amat unik kerana ianya disertai oleh sembilan orang kanak-kanak lelaki dan seorang sahaja kanak-kanak perempuan.  Seawal jam 2.30 petang, para peserta telah mula mendaftar, sambil menunggu peserta lain, mereka telah menonton... read more

Program Seikhlas Hati

19 April 2022 | Berita Terkini

Pada hari Rabu yang lalu, 13 April 2022 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor (PEDi) bersama-sama dengan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor (PD), Pusat Literasi Keluarga (PLK) dan Koperasi Felda Bukit Jalor telah manganjurkan Program Bubur Lambuk. Program ini diadakan bagi menyambut bulan ramadhan yang mulia dengan memupuk semangat untuk bersedekah kepada komuniti setempat. Seawal jam 8.00 pagi lagi, kami sebagai penganjur telah menghadirkan diri untuk bergotong royong bagi menjayakan program ini. Kami telah diberikan tugasan secara berkumpulan bagi melancarkan proses memasak bubur. Kesemua bahan mentah perlu dikupas, dihiris dan... read more

Kisah Kejayaan - Siti Aisah binti Husin

25 March 2022 | Kisah Kejayaan

Siti Aisah binti Husin merupakan seorang anak peneroka Kampung Felda Bukit Jalor. Beliau merupakan pengusaha kedai runcit bersama abang beliau di Kampung Felda Bukit Jalor. Bermula pada bulan Mei 2021 beliau telah memulakan projek tanaman jagung beliau di tanah rezab felda yang diusahakan bersama abang beliau. Beliau telah menanam jagung purple manis sebanyak 25 batas. Selain jagung purple, jagung biasa, betik, sawi dan keledek. Jagung manis ungu Sweet Scarlet SCP1311 merupakan jagung purple manis yang kaya dengan anthocyanin iaitu salah satu nutrient penting dalam kesihatan manusia. Beliau merupakan salah satu pembekal jagung... read more

Kisah Kejayaan - Azilah Anis binti Abdullah

23 March 2022 | Kisah Kejayaan

Nurul Azilah Anis binti Abdullah merupakan cucu peneroka Kampung Felda Bukit Jalor. Beliau menetap di Felda Bukit Jalor bersama keluarganya. Beliau merupakan anak pertama daripada tiga orang adik beradik. Bermula pada awal tahun 2022, beliau telah bertekad untuk memulakan perniagaan Takoyaki memandangkan tiada seorangpun di kawasan Felda Bukit Jalor menawarkan perniagaan tersebut. Dengan azam dan usaha yang padu disamping semangat yang tinggi yang telah diberikan oleh ahli keluarganya, maka terlaksanalah perniagaan Takoyaki beliau. Perniagaannya bermula dari jam 2 petang sehingga 7 malam. Ianya berlokasi di kediaman beliau sendiri. Beliau juga menawarkan... read more

Celik IT - Siti Umairah binti Zaidi

20 March 2022 | Kisah Kejayaan

Siti Umairah binti Zaidi merupakan pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Jalor. Beliau berumur 12 tahun dan menetap bersama-sama keluarganya dan merupakan cucu peneroka di sini. Ayah beliau seorang kontraktor manakala ibunya seorang surirumah. Beliau adalah ahli PEDi Felda Bukit Jalor yang aktif dan telah menyertai banyak program serta latihan anjuran PEDi Felda Bukit Jalor. Siti Umairah telah menjadi ahli PEDi Felda Bukit Jalor sejak 2016, beliau telah menyertai beberapa kelas ICT anjuran PEDI Felda Bukit Jalor. Antara kelas yang pernah disertai oleh beliau ialah Kelas Asas Kemahiran Microsoft Office Word, Microsoft Excel, Powerpoint dan Publisher. Beliau telah... read more