Kisah Kejayaan - En. Sulaiman bin Abu

18 June 2022 | Kisah Kejayaan

Sulaiman bin Abu merupakan anak seorang peneroka Kampung Felda Bukit Jalor yang beralamat di C-92. Beliau telah berkahwin dengan jiran beliau dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Isteri beliau minat terhadap tanaman bunga, dan bermulanya dengan minat ini, belaiu telah mendapat idea untuk membuka nursery pada tahun 2020 di halaman rumah beliau. Beliau bersama-sama isteri beliau iaitu Pn. Intan Norazalina menanam pokok dan menjualnya.

Bermula dengan beliau menanam pelbagai jenis pokok ati-ati yang mempunyai pelbagai jenis warna yang menarik. Beliau mendapatkan benih daripada jiran,kawan-kawan dan ada juga yang dibeli oleh beliau. Beliau menanam batang untuk dijadikan anak pokok dan menjualnya apabila besar. Terdapat lebih 30 jenis pokok ati-ati yang mereka jual sekitar harga RM5 hinga RM15. Selain itu, beliau juga menanam pelbagai jenis pokok keladi. Terdapat lebih 26 jenis pokok keladi telah ditanam beliau dan beliau menjualnya sekitar harga RM10 hingga RM45 mengikut jenis. Kebanyakan penduduk kampung yang menjadi kegilaan menanam keladi telah memilih Nursery beliau sebagai pembekal untuk menjadikan tempat tinggal mereka lebih cantik dengan hiasan pokok keladi.

Selain daripada pokok ati-ati, keladi hiasan, terdapat pokok ros jepun dan juga ros kampung. Pokok bunga kertas juga ada terdapat di nursery beliau. Beliau juga ada menjual tanah hitam dan pelbagai jenis pasu bunga sebagai pelengkap untuk nursery beliau. Satu beg tanah hitam  berharga RM15, tanah hitam juga boleh dihantar sehingga ke pintu rumah, ini adalah perkhidmatan yang telah disediakan oleh beliau. Beliau telah membuat hebahan tanaman beliau di dalam kumpulan “whataps” kampung Felda Bukit Jalor.Dengan perkhidmatan COD “Cash On Dilivery” memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan anak pokok daripada nursery beliau.