Kisah Kejayaan - Pn Zainon Amaludin

23 June 2022 | Kisah Kejayaan

Puan Zainon Amaludin merupakan anak peneroka Kampung Felda Bukit Jalor. Beliau menetap di alamat B104 bersama keluarganya. Beliau merupakan anak kelapan daripada sembilan orang adik beradik. Bermula pada awal tahun 2010, beliau telah memulakan perniagaan kuih muih tradisional. Dengan menggunakan nama komersial ‘Kedai Cuq Udang Omak Den’ menjadikan kedai miliknya amat dikenali oleh warga kampung Felda Bukit Jalor. Perniagaannya bermula dari jam 11 pagi sehingga 5 petang. Ianya berlokasi di hadapan kediaman beliau sendiri menjadikan salah satu hal yang menguntungkan kerana beliau tidak perlu untuk membayar sewa tapak perniagaan.

Puan Zainon Amaludin juga menerima tempahan bagi majlis keramaian dua hari lebih awal bagi menyediakan bahan bagi menghasilkan kuih tersebut. Selain menjual kuih muih tradisional, beliau juga menawarkan air kelapa muda dan nugget bagi menarik minat kanak-kanak. Beliau menawarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan yang menempah melalui aplikasi whatapps. Puan Zainon Amaludin juga merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga yang aktif kerana beliau pernah menghadiri kursus pemakanan yang dianjurkan oleh pihak kami. Selain itu, beliau juga sering mengunakan khidmat mencetak dan fotokopi yang kami sediakan.