Celik IT - Firdaus Omar

23 June 2022 | Kisah Kejayaan

Firdaus Omar merupakan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bukit Jalor. Beliau berumur 14 tahun dan tinggal di alamat C8 Felda Bukit Jalor. Ayah beliau merupakan seorang peneroka manakala ibu beliau merupakan seorang surirumah. Beliau adalah ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor yang aktif kerana telah menyertai banyak program dan latihan anjuran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor.

 Adik Firdaus Omar telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor pada 24 ogos tahun 2014, beliau telah menyertai beberapa kelas ICT anjuran PEDI Felda Bukit Jalor. Antara kelas yang pernah disertai oleh beliau ialah Kelas Asas Kemahiran Kelas Asas Kemahiran Microsoft Office Word, Microsoft Excell, Powerpoint dan Publisher. Beliau telah diajar tentang fungsi-fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di dalam perisian Microsoft Office serta membuat latihan menggunakannya contohnya beliau telah belajar bagaimana untuk membuat poster didalam Microsoft Office Word menggunakan WordArt. Selain itu, beliau juga sering menyertai kelas menaip yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor untuk meningkatkan kepantasan menaip di komputer. Beliau juga telah mahir untuk membuat slide dalam Power Point, selain itu beliau juga telah mengetahui untuk membuat poster dalam aplikasi publisher. Staf PEDi juga sentiasa menjalankan kelas-kelas ICT untuk memastikan ahli berdaftar Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor seperti adik Firdaus Omar mahir menggunakan komputer dan perisian-perisian yang terdapat dalam komputer.

Kini, adik Firdaus Omar telah berjaya menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ICT serta semakin mahir menggunakan perisian komputer dan mudah memahami setiap arahan yang diberikan apabila menyertai setiap kelas ICT yang dianjurkan di PEDi Felda Bukit Jalor.