Puzzle Online

08 September 2022 | Berita Terkini

Pada hari Khamis yang lalu, 08 September 2022 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Bukit Jalor (PEDi) telah menganjurkan sebuah pertandingan puzzle secara atas talian. Pertandingan ini berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Bukit Jalor (PEDi) dan disertai oleh sepuluh orang murid dari darjah lima dan darjah enam.

Seawal jam 2.30 petang, sesi pendaftaran telah bermula. Peserta diberikan sebuah PC untuk mereka menyertai pertandingan ini. Pihak penganjur telah memberikan gambar banggunan berkembar KLCC sebagai tema untuk pertandingan ini. Para peserta telah memulakan pertandingan ini pada jam 3.15 petang dengan bersungguh-sungguh.

          

Setiap peserta telah menyusun kepingan gambar-gambar dengan bersemangat dan peserta yang pertama telah melengkapkan gambar tersebut dengan catatan masa 21:22 minit, iaitu adik Muhammad Emir Faiq bin Faeisal. Manakala catatan masa tempat kedua pula ialah 26.40 minit yang dimenangi oleh adik Muhammad Fakhrul Zaimie bin Ahmad Suhaile. Tempat ketiga pula telah disandang oleh adik Muhammad Danish bin Roslan dengan mengambil masa selama 28:10 minit.

Pertandingan ini telah diadili oleh petugas PEDi dengan saksama. Para peserta berpuashati dengan pencapaian masing-masing. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada ahli-ahli dengan kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PEDi Felda Bukit Jalor ini. Pertandingan ini juga telah meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah para peserta. Para peserta juga amat gembira menyertai program ini kerana dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Mereka berharap agar dapat menyeratai program seperti ini lagi pada masa akan datang.