Kisah Kejayaan - En. Muhd Kadir bin Abdul Karim

22 September 2022 | Profil Usahawan Tempatan

LATAR BELAKANG USAHAWAN

En. Muhd Kadir bin Abdul Karim merupakan anak peneroka di Felda Bukit Jalor. Beliau menetap di alamat B42 bersama keluarganya. Bermula pada awal tahun 2015, beliau telah memulakan perniagaan dengan menjual kuih tradisional iaitu bahulu. Kini beliau telah berjaya mengembangkan perniagaanya dengan membuka sebuah kedai sarapan pagi . Seawal jam 6 pagi beliau telah memulakan perniagaannya sehingga jam 11 pagi. Ianya berlokasi di kawasan perniagaan Felda Bukit Jalor. Kedai sarapan pagi beliau menjadi tarikan utama para pekerja kilang dimana mereka akan menaiki bas di hadapan gerai beliau untuk ketempat kerja mereka. Tidak hairanlah apabila jam menginjak ke angka 8, segala produk jualanya telah habis terjual.

En. Muhd Kadir bin Abdul Karim juga menerima tempahan bagi majlis keramaian, mahupun majlis rasmi secara atas talian. Pelbagai menu boleh di pinta mengikut kemampuan beliau untuk menyiapkannya. En. Muhd Kadir bin Abdul Karim juga merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga yang aktif kerana beliau pernah menghadiri kursus pemakanan yang dianjurkan oleh pihak kami. Selain itu, beliau juga sering mengunakan khidmat mencetak dan fotokopi yang kami sediakan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT DI PEDI / PENGLIBATAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA.

Sebelum penggunaan ICT di Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDI) Felda Bukit Jalor, beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Hanya sahabat handai dan orang kampung sahaja memberi sokongan terhadap perniagaan beliau. Beliau juga ada membuat hebahan melalui rakan-rakan dan sahabat handai tentang perniagaannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT DI PEDI / PENGLIBATAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA

Setelah menggunakan khidmat ICT di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Felda Bukit Jalor,   En. Muhd Kadir bin Abdul Karim telah memperkenalkan perniagaan beliau di laman sesawang seperti facebook, whatsapp dan Instagram. Hal ini merupakan salah satu batu loncatan yang beliau nanti nantikan bagi meningkatkan hasil pendapatan. Beliau berjaya meningkatkan hasil pendapatan bulanan beliau setelah mengamalkan strategi pemasaran ini. Beliau juga menerima tempahan secara atas talian.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA

En. Muhd Kadir bin Abdul Karim kini mahir dalam menggunakan komputer, MS Word dan juga jaringan Internet. Beliau juga semakin mahir menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit untuk menyunting gambar sebagai bahan hebahan di group media sosial seperti facebook dan whatspp.

BAGAIMANA PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN / PENINGKATAN TAHAN KEMAHIRAN ICT

Kami berjaya menyelesaikan masalah En. Muhd Kadir bin Abdul Karim seperti memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang cara-cara untuk membuat iklan dengan lebih menarik menggunakan aplikasi di laman sesawang. Kini En. Muhd Kadir bin Abdul Karim telah mahir dan boleh mengajar individu lain bagi menggunakan aplikasi tersebut. Kami juga telah menubuhkan sebuah group whatsapp bagi usahawan yang berniaga di Felda Bukit Jalor sekaligus dapat meningkatkan hasil jualan perniagaan mereka.