Kisah Kejayaan - Encik Mohd Khalis bin Mohd Noor

30 September 2016 | Kisah Kejayaan

 

Nama                                    :           Mohd Khalis bin Mohd Noor

Umur                                    :           37 tahun

Taraf Pendidikan                   :           SPM

Pekerjaan                              :           Usahawan Buger, Kedai Cenderahati dan Alat Tulis

 

Encik Mohd Khalis, 37, merupakan generasi kedua Felda Bukit Jalor yang mengusahakan perniagaan menjual buger, cenderahati dan alat tulis. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 2 orang anak.  Beliau menjalankan perniagaan sambil dibantu oleh isterinya, Murnirah Abd Rahman, 27. Beliau telah menjalankan perniagaan tersebut melebihi 5 tahun di lokasi yang berbeza. Kedai lama beliau kini telah diambil alih oleh oleh ibu mertuanya dan kini menjadi kedai makan nasi campur yang dibuka pada waktu pagi sehingga tengahari sahaja. Kedai Cenderahati dan alat tulis beliau dinamakan Blueberry Tree Enterprise dan Kelley’s Burger adalah nama gerai burger beliau.

Selain cenderahati dan alat tulis, kedai beliau juga ada menjalankan perkhidmatan fotostat dan cetakan gambar. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada golongan kanak-kanak dan belia. Kedai beliau beroperasi pada jam 10:00 pagi sehingga 10.00 malam. Kedai beliau menjadi tumpuan orang ramai kerana satu satunya kedai di Felda Bukit Jalor yang menawarkan perkhidmatan fotostat dan mengambil gambar passport.

Beliau juga turut memberi pandangan tentang PI1M yang mana, beliau menyatakan tarikan utama di PI1M adalah internet. Oleh kerana faktor kewangan penduduk kampung yang sedarhana, kemudahan internet yang ditawarkan oleh PI1M telah banyak membantu penduduk kampung selain meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penduduk di sini dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu, beliau turut menggunakan kemudahan lain di PI1M seperti pencetakan dan fotokopi dalam urusan perniagaan dan peribadi beliau. Beliau turut mencadangkan agar PI1M dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan Wifi Komuniti dan memperluaskan capaian internet pada masa-masa akan datang