Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Jalor

24 September 2016 | Berita Terkini

Pada 24 September 2016 yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M ) Felda Bukit Jalor telah mengadakan program Hari Terbuka. Program tersebut telah diadakan di perkarangan PI1M dan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor. Program tersebut telah berlangsung seawall jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai kira-kira 150 orang penduduk kampung telah hadir bagi memeriahkan program tersebut. Tujuan Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan penubuhan PI1M serta fungsinya kepada penduduk setempat.

Pelabagai acara telah diadakan pada hari tersebut antaranya pertandingan kerusi berirama untuk dewasa, bowling kelapa dan tiup belon sampai pecah untuk kanak-kanak, dan cabutan bertuah. Selain itu, telah diadakan juga pertandingan gubahan bunga plastik , permainan ting-ting, dan Musical Chair untuk dewasa serta treasure Hunt untuk kanak-kanak yang dikendalikan oleh Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor. Koperasi Felda serta KOSPEN turut mengambil bahagian di dalam program tersebut dengan membuka meja pendaftaran untuk undian pilihanraya serta pemeriksaan kesihatan. Di samping itu, acara #freemarket yang diadakan turut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyumbang pakaian yang disumbangkan melebihi jangkaan.

Program berakhir pada jam 4.30 petang dengan cara penyampaian hadiah sebagai penutup serta sedikit jamuan kepada badan-badan yang terlibat. Keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penunjung yang hadir. Disamping tujuan program ini tercapai, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pengunjung yang hadir. 

   



Lagi Gambar : https://www.celcom1cbc.com/bukit-jalor/galeri/2016/10/hari-terbuka-pi1m-felda-bukit-jalor