Gotong Royong PI1M dan Perpustakaan Desa

07 October 2016 | Berita Terkini

Pada 29 September 2016 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Bukit Jalor dan Perpustakaan Desa Felda Bukit Jalor telah mengadakan satu aktiviti gotong-royong bersama badan-badan seperti Koperasi dan Khairat Kematian yang berkongsi bangunan dengan PI1M. Aktiviti telah bermula pada jam 3.00 petang dan dihadiri lebih kurang 10 orang. Antara yang hadir pada petang itu ialah Pengerusi Koperasi, Ahli GPW dan ahli JKKK Felda Bukit Jalor. Program ini bertujuan untuk menjaga kebersihan serta mengindahkan kawasan Pusat Internet 1 Malaysia dan sekitarnya. 

Program ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kakitangan PI1M dan Perpustakaan Desa dengan Pengurusan Felda, ahli-ahli yang berdaftar dan badan-badan lain yang berkaitan.

Program berakhir pada jam 5.30 petang dan telah mencapai objektif yang telah disasarkan. Kawasan -kawasan yang ditetapkan telah dibersihkan dengan pertolongan dari wakil-wakil yang terlibat. Pihak kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama yang baik. Sebelum bersurai mereka telah dijamu dengan sedikit minum petang yang telah disediakan oleh pihak kami. Semoga aktiviti ini