Usahawan Kosmetik dan Produk Kesihatan : Puan Norhayati binti Ismail

25 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Puan Norhayati binti Ismail

Umur : 28 tahun

Taraf Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia

Status : Berkahwin

 

Pada masa dahulu wanita amat sinonim dengan kecantikan. Tetapi kini bukan sahaja wanita, lelaki juga tidak kurang hebatnya di dalam bab kecantikan dan penampilan diri. Terdapat banyak produk-produk kecantikan yang boleh kita perolehi di kedai-kedai dan pasaraya samada di kawasan kampung atau di bandar.

                Sehubungan dengan itu, Puan Norhayati merupakan salah seorang generasi kedua Felda Bukit Jalor yang sangat berminat dengan kecantikan. Beliau seorang surirumah yang berumur 28 tahun dan mempunyai dua orang anak.  Dengan minatnya yang mendalam itu, Puan Yati telah membuka satu ruang khas untuk menjual barang-barang kecantikan dan produk kesihatan di rumahnya.

                Puan Yati menggunakan aplikasi Whatsapp dan wechat untuk mempromosi dan berkomunikasi dengan pelanggan beliau. Beliau juga menggunakan perkhidmatan Wifi Komuniti yang disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia. Selain daripada itu, Puan Yati juga rajin membuka booth jualan beliau sekiranya Felda ada membuat majlis atau karnival bersama komuniti.

                Pihak Pusat Internet 1 Malaysia juga mencadangkan agar Puan Yati membuka satu Page jualan di Facebook agar lebih ramai lagi pelanggan yang tahu akan perniagaan beliau selain dari mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan jualan-jualan produk yang lebih banyak dan berkualiti.

 

                                                           

                                                                                         Puan Norhayati di ruang niaga di rumah beliau 

                                  

                                                                                            Antara produk jualan Puan Norhayati