Usahawan Pakaian : Puan Sharifah binti Md Isa

27 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Puan Sharifah bte Md Isa

Umur : 36 tahun

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda

Status : Berkahwin

 

Butik Online Shedyfairy adalah kedai atas talian yang menjual busana muslimah. Butik ini menjual dress, blaus, kain pasang dan aneka tudung. Ia juga menawarkan khidmat tempahan jahitan baju kurung dan jubah selain menerima tempahan berdasarkan citarasa rekaan dan permintaan pelanggan. Selain itu juga, Shedyfairy turut menjalankan perniagaan ‘dropship’ yang mana menawarkan pilihan pakaian dan tudung daripada jenama lain.

Butik Shedyfairy ini diasaskan oleh Puan Sharifah dan dibantu oleh adik belaiau iaitu Cik Radhiah pada tahun 2013. Radhiah adalah Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Jalor manakala Sharifah adalah seorang jurutera di syarikat swasta. Idea bagi perniagaan ini tercetus atas minat mereka yang mendalam dalam bidang perniagaan. Perniagaan mereka mula beroperasi pada akhir 2013 yang mana produk pertama adalah blaus yang mana dibeli secara borong. Mereka menggunakan rangkaian sosial seperti Facebook, blog dan instagram untuk mengiklankan produk. Mereka mula mengembangkan perniagaan setelah memerhati produk-produk di pasaran internet di Malaysia yang mendapat sambutan tinggi daripada pelanggan. Kini mereka telah berjaya mencipta tudung dengan jenama mereka sendiri.

Mereka juga turut menggunakan kemudahan internet di PI1M untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Secara tidak langsung mereka dapat menjimatkan kos pengiklanan dengan adanya internet percuma di tempat mereka. Kini mereka sedang dalam perancangan untuk membuka sebuah outlet bagi menjual dan memasarkan produk mereka secara ‘Offline’ yang mana pelanggan boleh melihat sendiri produk mereka dan lebih pilihan akan ditawarkan. 

Koleksi blaus dan kain pasang.

 

Koleksi tudung dropship dari Kekaboo.com