Usahawan Peruncitan : Encik Wahidon bin Abdul Wahab

30 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Encik Wahidon bin Abdul Wahab

Umur : 42 tahun

Taraf Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia

Status : Berkahwin

 

Sektor peruncitan di negara ini merupakan antara bidang perniagaan yang boleh menjanjikan keuntungan tinggi bersandarkan keadaan rakyat di negara ini yang sememangnya gemar membeli-belah di samping mendapatkan barang keperluan seharian mereka.

                Komuniti di Felda Bukit Jalor juga tidak terlepas untuk membuka kedai runcit bagi memudahkan warga Felda untuk mendapatkan barang-barang kering atau basah. Justeru itu salah seorang peneroka Felda Bukit Jalor telah membuka sebuah kedai runcit untuk  memudahkan komuniti membeli belah. Peneroka berkenaan bernama Encik Wahidon bin Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Idon. Ayah beliau Encik Abdul Wahab bin Johari terlebih dahulu membuka kedai berkenaan pada tahun 1981. Kemudian pada tahun 1995 beliau telah menolong perniagaan ayahnya dan seterusnya pada tahun 2001 beliau telah mewarisi kedai berkenaan sepenuhnya.

            Selain daripada Encik Idon sendiri, perniagaan beliau juga dibantu oleh isterinya Puan Siti Rosanawati binti Akum. Kedai beliau beroperasi dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 petang. Walaupun terdapat banyak kedai runcit yang baru di Felda Bukit Jalor, pelanggan yang mengunjungi kedai Encik Idon tetap setia membeli barang di kedainya.  Kami di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Jalor mengucapkan semoga perniagaan beliau terus maju dan berkembang dengan jayanya.

 

                                             

                                                                        Encik Idon bersama isterinya di kedai runcit beliau

 

                                                    

                                                                                        Kawasan sekitar kedai Encik Idon