Usahawan Pasar : Encik Nor Azmizan bin Mohamad

02 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Nor Azmizan bt Mohamad

Umur : 42 tahun

Taraf Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia

Status : Berkahwin

 

                Pasar basah adalah menajdi keperluan kepada setiap penduduk di sesebuah tempat. Ia menyediakan pelbagai keperluan makanan seperti ayam, ikan daging, sayur-sayuran serta pelabagai barang keperluan untuk menyediakan makanan. Tanpanya, penduduk di sesuatu tempat akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan mentah untuk menyajikan makanan kepada seisi keluarga. Tidak terkecuali penduduk di sekitar Kampung Felda Bukit Jalor.

                Menyedari akan kepentingan adanya keperluan tersebut, Encik Nor Azmizan bin Mohamad, 42 telah membuka sebuah tapak perniagaan di mana beliau membekalkan pelbagai bahan mentah makanan untuk penduduk Kampung Felda Bukit Jalor sambil dibantu oleh isteri beliau, Puan Siti Zaharah binti Mamat, 38. Beliau juga turut menjual ikan dengan menggunakan lori yang bergerak di sekitar kawasan kampung. Beliau telah mula berniaga menjual bahan mentah makanan ini hampir sedekad yang lalu. Ketika awal perniagaannya, beliau hanya berniaga di sebuah tapak di hujung kampung sambil dibantu oleh beberapa orang adik-adiknya.

               Beliau telah memulakan rutin hariannya di awal pagi dengan mendapatkan bekalan barang niaga di Pasar Borong Melaka dan mula berniaga seawal jam 7.00 pagi. Beliau juga turut menjual sarapan pagi yang dihantar oleh penduduk setempat. Beliau juga turut bersaing dengan beberapa peniaga baru di kampung ini. Namun, perniagaannya masih berjalan lancar dan semakin berkembang maju. Disamping itu, beliau secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak kampung ini. Kini, beliau telah mempunyai 6 orang pekerja dan 3 buah lori yang mana masing-masing akan bergerak di kawasan kampung yang terdekat iaitu di Kampung Londah, Air Kuning dan Sungai Dua.

Encik Nor Azmizan (Usahawan) dan Puan Siti Zaharah 

 

Ikan, daging dan, ayam dan sayur-sayuran yang dijual oleh En. Nor Azmizan.

 

Antara menu sarapan pagi yang dijual di sini.