Sukan Komuniti Felda Bukit Jalor 2016

23 December 2016 | Berita Terkini

        Pada 7 Disember 2016 yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M ) Felda Bukit Jalor dengan kerjasama beberapa badan komuniti Bukit Jalor telah mengadakan program Sukan Komuniti. Program tersebut telah diadakan di perkarangan padang awam Felda Bukit Jalor. Program tersebut telah berlangsung seawal jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Seramai kira-kira 200 orang penduduk kampung telah hadir bagi memeriahkan program tersebut. Tujuan Sukan Komuniti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung tentang kepentingan bersukan di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung.

      Pembukaan program ini telah dirasmikan oleh YB Belia, Encik Suhaimizan bin Bizar. Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut dengan pelbagai ketagori dipertandingkan. Antaranya pertandingan untuk kanak-kanak adalah seperti isi air dalam botol, bawa bola dalam sudu, chopstick dan kacang, batu Seremban dan kepit belon belakang. Manakala bagi dewasa pula, antara pertandingan yang diadakan ialah explorace, batu Seremban dan tarik tali. Terdapat juga acara bagi golongan warga emas, antaranya, pertandingan kupas nenas, musang berjanggut dan hirisan bunga rampai. Selain itu, pertandingan pijak belon secara terbuka telah diadakan dengan meriah dan turut disertain oleh tetamu jemputan, En Suhaimizan. Manakala pertandingan yang terakhir sekali iaitu, semakin jauh semakin sayang telah berjalan dengan meriah sekali dengan disertai oleh ADUN Gemencheh, YB Encik Mod Isam bin Isa.

     Program berakhir pada jam 6.00 petang dengan cara penyampaian hadiah sebagai penutup serta sedikit jamuan kepada badan-badan yang terlibat bersama tetamu-tetamu jemputan. Keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penunjung yang hadir.